Atlet bina badan Singapura Pradip Subramanian meninggal dunia selepas sertai tinju
Dalam satu kenyataan awal pagi pagi ini, AFC berkata Subramanian meninggal dunia pada 9 malam.
"Kami sentiasa berhubung dengan kakitangan perubatan di hospital bagi memastikan punca kematian," kata AFC.
Sementara itu, Channel News Asia (CNA) melaporkan Subramanian, 32, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan tinju menentang personaliti YouTube Steven Lim di Marina Bay Sands pada awal malam Sabtu.Menurut laporan itu, Lim, 41, memenangi perlawanan tersebut menerusi 'knockout' teknikal.
CNA turut melaporkan Subramanian menggantikan bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans.
Dalam catatan Facebooknya, Lim mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Ini saat yang menyedihkan buat saya apabila mengetahui tentang berita yang memeranjatkan itu! Anda ajar kami semua tentang nilai keberanian dan kekuatan serta kepentingan gaya hidup sihat dan cergas. Salam takziah kepada anda, anda memang hero kami," kata Lim.
Sementara itu, AFC berkata projek Subramian, AFC Physique Championships yang dijadualkan hari ini akan dibatalkan sebagai tanda penghormatan.
-- BERNAMA
Sumber Atlet bina badan Singapura Pradip Subramanian meninggal dunia selepas sertai tinju
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xs3jq9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment