Banjir: 2 sekolah di Kedah ditutup esok, 1 di Perlis
Dalam pada itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera Kangar akan ditutup sehari esok dan diberikan cuti berganti berikutan banjir yang melanda Perlis.
JITRA: Sebuah lagi sekolah di Kedah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau di Pokok Sena akan ditutup esok berikutan jalan yang menghubungkan ke sekolah itu dinaiki air akibat banjir kilat.
Penolong Pengarah Kanan (Ketua Unit), Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri, Abdullah Abdull Manaf berkata ini menjadikan jumlah sekolah yang ditutup esok sebanyak 2, selain SK Seri Banai dekat sini.
“Penutupan ini juga disebabkan SK Bukit Hijau dijadikan pusat pemindahan yang menempatkan 435 mangsa banjir dan ia dijangka semakin meningkat,” katanya menerusi kenyataan.
Bagaimanapun katanya tempoh penutupan kedua-dua sekolah berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Di Kota Setar, antara sekolah yang dijadikan pusat pemindahan ialah SK Alor Mengkudu, SK Gunung, SK Bukit Hijau, SK Bukit Pinang, SK Titi Gajah manakala di daerah Kubang Pasu melibatkan SMK Seri Mahawangsa, SK Jitra dan SK Kodiang Lama.
Dalam pada itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera Kangar akan ditutup sehari esok dan diberikan cuti berganti berikutan banjir yang melanda Perlis.
FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fJB5Q4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment