Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Perempuan Berusia 11 Bulan Diculik Dan Dirogol Selama 2 Jam Oleh Jiran.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Perempuan Berusia 11 Bulan Diculik Dan Dirogol Selama 2 Jam Oleh Jiran..


Seorang bayi berusia 11 bulan telah diculik dan dirogol selama 2 jam oleh “jiran” di Delhi, India.

Kes tersebut berlaku di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis semasa bayi tersebut sedang tidur bersama ibunya.

“Jiran” didakwa telah menculik bayi tersebut dan membawanya ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol pada pukul 10 malam.

Ibu bayi hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan melapor kepada polis.

Tidak lama kemudian, polis telah menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk,” kata seorang pengawai kanan polis.


Bayi tersebut dikejarkan ke unit jagaan rapi di Hospital Dayal Upadhyay di mana para doktor di hospital berkata yang bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal.

Bapa bayi itu kemudiannya memberitahu polis:

“Saya berasa ngeri melihat keadaan anak saya. Bajunya terkoyak dan terdapat kesan kuku di merata tubuhnya. Ia kecederaan teruk yang mungkin memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan anak saya.”

Polis berjaya mengesan suspek di sebuah kem pekerja di mana suspek tinggal bersama pekerja lain dengan menjejak pemilik telefon bimbit yang ditinggalkan berdekatan bayi tersebut.

An 11-month-old baby was kidnapped from her mother and raped for two hours in India before being found unconscious by police and rushed to Deen Dayal Upadhyay Hospital, pictured, in Delhi

Menurut polis, lelaki itu telah mengaku bahawa dia telah menculik dan merogol bayi tersebut selama hampir 2 jam.

Police in India say a man has been charged with rape and is currently being held in Tihar Jail

Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gU3tyH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.