Berlatih menyelam empat bulan, kadi baca doa dalam laut
MERSING, 10 Sept ― Seorang kadi daerah membaca doa di dasar Taman Laut Sultan Iskandar ketika menyelam bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Mohd Zaini Mohd Salleh berlatih membaca doa itu sejak Mei lalu bagi upacara menyempurnakan peletakan tukun tiruan replika bangunan Sultan Ibrahim seberat 165 tan.
Peletakan tukun itu bersempena majlis pra-pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Pulau Mensirip, di taman laut itu, lapor Sinar Harian.
Mohd Zaini bersyukur acara itu berjalan lancar dan mengakui berdoa di darat berbeza dengan membaca di dasar laut.
“Perbezaan baca di darat dan laut adalah kita guna alat pernafsan, itu menghalang kelancaran kerana membaca atas darat tiada halangan, hanya seperti biasa.
“Tetapi di dalam laut saya hanya guna lidah sahaja,” katanya, yang mempunyai lesen skuba, selepas Majlis Perasmian Bangunan Mersing Harbour Centre di sini.
Sumber Berlatih menyelam empat bulan, kadi baca doa dalam laut
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQlLL2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment