Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fergie, Josh Berpura-Pura Masih Cinta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fergie, Josh Berpura-Pura Masih Cinta

PENYANYI Fergie memberitahu sukar untuknya berpura-pura bahagia bersama suami, Josh Duhamel walaupun pada hakikatnya sudah tiada cinta dalam hati masing-masing.

Fergie yang mengumumkan perpisahannya dengan Josh minggu lalu mendedahkan mereka tidak tinggal sebumbung sejak awal tahun ini namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.
“Apabila kami perlu melakukan temubual bersama majalah atau program televisyen ia sangat sukar apabila kami ditanya mengenai rumah tangga atau kisah percintaan sebelum berkahwin.

“Pada awalnya kami masih boleh berpura-pura seperti tiada apa berlaku namun lama kelamaan ia menjadi pelik.

“Kami tidak boleh lagi hidup dalam kepura-puraan dan sebab itu kami tampil memberitahu kami sudah berpisah sejak awal tahun ini,” katanya seperti dilaporkan People.

Pasangan itu berkahwin pada 2009 selepas lima tahun bercinta dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Axl, empat tahun.

Dalam pada itu, Fergie, 42, menegaskan hubungannya dengan Josh masih kekal baik dan mereka saling menghormati selain bersetuju membesarkan anak mereka bersama-sama.

“Dia sentiasa menjadi seorang yang istimewa pada saya dan kami kawan yang baik jadi tiada sebab mengapa saya dan Josh ingin bermusuh.

“Axl adalah keutamaan kami dan ingin memastikan dia mendapat kasih sayang secukupnya,” katanya.

Fergie kini sedang sibuk mempromosikan album solo pertamanya dalam masa 11 tahun, Double Dutchess yang dilancarkan sejak 22 September.

The post Fergie, Josh Berpura-Pura Masih Cinta appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wItImp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.