Gadis 15 tahun dirogol oleh 40 lelaki selama 8 bulan di sebuah pulau yang hanya diduduki 100 orang
Seorang gadis berusia 15 tahun mendakwa beliau dirogol oleh 40 orang lelaki di sebuah perkampungan pulau kecik di Thailand. Gadis yang tidak didedahkan identitinya memberitahu beliau dirogol selama lapan bulan pada tahun 2016 semasa ibu bapanya bekerja pada waktu malam.
Kejadian tersebut berlaku di kampung Ban Koh Raed di Phang Nga Bay di Thailand dimana hanya mempunyai 100 orang populasi.
Serangan rogol tersebut dilaporkan berlaku pada bulan May tahun lalu apabila seorang lelaki memecah masuk ke rumah keluarga tersebut apabila ibu bapanya keluar untuk menoreh getah.
Ibunya memberitahu pihak polis, lelaki yang merogol anaknya kembali beberapa hari kemudia dengan membawa beberapa orang lagi rakannya untuk merogol anak gadisnya yang berusia 14 tahun ketika itu.
Beberapa bulan kemudian, lelaki tersebut sering ke rumah keluarga tersebut dan memaksa gadis yang tinggal berseorangan itu ke satu pondok di pantai untuk merogolnya. Gadis tersebut diberi dadah sebelum mereka beramai ramai merogolnya.
Pihak polis Thailand telah mengenali beberapa orang perogol yang tinggal di Kampung tersebut.
Sebagai langkah berjaga jaga, keluarga tersebut telah dibawa keluar dari kampung tersebut oleh pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan mereka selepas mendapat ancaman dari penduduk kampung tersebut.
Sumber: DailyMail
Via: Amazingnara
Sumber Gadis 15 tahun dirogol oleh 40 lelaki selama 8 bulan di sebuah pulau yang hanya diduduki 100 orang
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fc17ey
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment