Jejak suspek jenayah, akta berkaitan CCTV digubal
JOHOR BARU, 10 Sept ― Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menggubal akta berkaitan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal dan memperluaskan penggunaannya di negara ini.
Timbalan menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia bertujuan meningkatkan keselamatan yang bertindak sebagai pencegah dan perekod jenayah yang berlaku khususnya di kawasan tumpuan orang awam dan akan diwajibkan pemasangannya.
Katanya, penggunaan CCTV sedia ada tidak meluas dan masih merakam dan menyimpan visual atau imej secara pasif yang tidak boleh diolah oleh perisian.
“Jadi dengan pengunaan CCTV yang dilengkapkan dengan perisian pengesan wajah untuk mengenal pasti wajah, ia akan dapat mengesan dan membantu pihak polis untuk mengawal sesuatu keadaan dan menjalankan siasatan selepas berlaku jenayah," katanya kepada pemberita pada sesi lawatan ke beberapa balai polis di sini hari ini sempena Program Jejak Perwira Malaysiaku Negaraku di sini hari ini.
Berkenaan dengan spesifikasi CCTV yang dimaksudkan, beliau berkata balai polis terdekat akan dihubungkan ke tempat-tempat awam yang akan diletakkan CCTV dan imejnya mesti berdefinisi tinggi (HD) yang boleh diperbesarkan.
“Perisian CCTV itu juga boleh mengenal pasti wajah seseorang melalui rekod di Jabatan Pendaftaran Negara atau pihak polis sendiri, maka harapan untuk kita menangkapnya adalah tinggi menerusi imej yang dirakam,” tambah Nur Jazlan.
Selain itu, katanya imej yang dirakam CCTV boleh dapat digunakan sebagai bukti kukuh dalam pendakwaan di mahkamah.
Sambil mengambil contoh kejadian seorang anggota polis ditembak dan ditetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, Nur Jazlan berkata sistem CCTV di balai polis harus dipertingkatkan bagi mengelak perkara sama berulang.
Pada awal pagi 31 Ogos lepas, seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembak dan tetak di balai polis tempat dia sedang bertugas. ― Bernama
Sumber Jejak suspek jenayah, akta berkaitan CCTV digubal
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQlKqs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment