Meizu Mengesahkan Bakal Hadir Dengan Peranti Berbingkai Nipis Pada 2018
Jikalau sekitar dua tahun lepas, kita melihat pelbagai pengeluar komputer riba memfokuskan untuk hadir dengan komputer riba yang menggunakan bingkai skrin yang nipis, pada tahun 2017 ini, kita telah melihat pelbagai pengeluar telefon pintar memfokuskan penawaran skrin bersaiz besar dengan bingkai yang sangat nipis, sekaligus menjadikan peranti lebih cantik berbanding sebelumnya.
Xiaomi, Samsung, LG dan sebagainya sedia menawarkannya – selain Apple dijangka memperkenalkan peranti iPhone X dengan bingkai nipis, dan Huawei pula dengan Huawei Mate 10 Pro pada bulan Oktober kelak.
Meizu yang turut hadir dari China turut tidak ingin ketinggalan, dan kini melalui Twitter, Ketua Pemasaran Global Meizu, Ard Boudleing mengatakan Meizu sedang membangunkan peranti berbingkai nipis (bezel-less) tersendiri, dan ia akan hadir pada tahun hadapan.
Yes, we're working on a bezel-less Meizu device. Coming next year.
No, this image is not real. It's not from us. https://t.co/AdVrh7CrFW
— Ard Boudeling (@ArdCB) September 9, 2017
Maklumat lanjut mengenainya tidak diketahui, selain pada masa yang sama pihak Meizu menidakkan beberapa gambar tertiris di arena web mengatakan peranti baru Meizu.
Dengan perkembangan baru ini, semestinya kita mungkin akan melihat lebih ramai pengeluar, atau mungkin bingkai skrin yang nipis akan menjadi salah satu norma baru untuk pelbagai peranti 2018 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whVhOo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment