Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib: AS pandang tinggi Malaysia sebagai rakan dagang, politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib: AS pandang tinggi Malaysia sebagai rakan dagang, politik

Najib berkata, beliau akan menekankan inisiatif rundingan bilateral kedua-dua negara dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik lagi.

najib-usKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mempunyai peranan penting dan dipandang tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan dagang dan politik di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata ini di sebalik saiz negara ini yang jauh lebih kecil berbanding AS, negara kuasa besar yang kini merupakan pelabur kedua terbesar Malaysia.

Dalam catatan di blognya mengenai lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat dari 11 hingga 13 September, Najib berkata: “Melalui lawatan ini, saya akan menekankan inisiatif rundingan bilateral kedua-dua negara dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik lagi.”

Selain itu, perdana menteri berkata beliau juga akan berbincang dengan Presiden Donald Trump mengenai isu antikeganasan di negara serantau dan isu kemanusiaan yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.

“Insya-Allah, lawatan ini akan berjaya mencapai matlamat dan mengukuhkan lagi hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya di blog www.najibrazak.com berhubung lawatan yang berlangsung atas jemputan Trump.

Dalam catatan itu, Najib merujuk kepada keakraban yang wujud dalam hubungan Kuala Lumpur-Washington seperti yang dilihat melalui kunjungan dua presiden AS ke Malaysia sebelum ini.

Presiden Lyndon B. Johnson mengunjungi Malaysia pada 1966 manakala Presiden Barack Obama berbuat demikian pada 2014 dan 2015.

Selain itu, kata Najib, Malaysia kini juga menerima kelebihan visa selama 10 tahun bagi kemasukan tanpa had, dan usaha kini di peringkat akhir bagi Program Pengecualian Visa bagi rakyat Malaysia ke AS.

Beliau menyifatkan lawatannya ke AS sebagai tepat pada masanya kerana kedua-dua pihak baru sahaja menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala pada Julai lalu.

“Sepanjang 6 dekad yang berlalu itu juga, hubungan kedua-dua negara telah berkembang dan semakin erat dari masa ke masa,” kata perdana menteri.

Pada tahun 2014, hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat dinaik taraf ke status ‘Comprehensive Partnership’ membabitkan bidang kerjasama utama seperti ekonomi dan perdagangan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan serta sains dan teknologi.

Najib menarik perhatian bahawa walaupun secara rasminya hubungan diplomatik bermula sejak 1957, tetapi sebenarnya ia terjalin jauh lebih awal daripada itu.

Sebagai contoh, kata beliau, getah dari Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri automotif Amerika Syarikat, dan permintaan tinggi daripada mereka memacu pengeluaran getah di Malaysia.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Najib: AS pandang tinggi Malaysia sebagai rakan dagang, politik

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xn8LNN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.