Hi! Welcome Back and Stay Tune! SKMM Potong Steam – Steam Kini Kembali Boleh Diakses Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SKMM Potong Steam – Steam Kini Kembali Boleh Diakses Di Malaysia

Semalam akses kepada laman Steam telah dihalang di Malaysia berikutan kontroversi permainan Fight of Gods. Kerajaan Malaysia melalui SKMM bertindak tegas menghalang perkhidmatan muat turun permainan PC ini kerana Steam gagal menghalang akses permainan berunsur ketuhanan ini dalam masa 24 jam.

Sebentar tadi halangan ke atas Steam telah ditarik semula di Malaysia selepas Steamtidak lagi menawarkan permainan ini kepada penduduk tempatan. Halangan hanya bertahan sekitar 12 jam tetapi mendapat reaksi yang rata-ratanya negatif dari komuniti peminat permainan video tempatan.

Kerajaan memilih untuk menghalang akses ke perkhidmatan berkenaan disebabkan oleh salah satu permainan video yang ditawarkan padanya, iaitu Fight of Gods yang memperlihatkan permainan berlawan antara watak tuhan, dewa dan tokoh agama. Untuk makluman, selain Malaysia, terdapat pelbagai negara lain yang mengenakan halangan ke atas sesuatu permainan disebabkan sejumlah sebab berbeza.

Apa pun, kini Steam telah membuang penawaran permainan berkenaan untuk pengguna Malaysia, dan membuatkan kerajaan membuka kembali akses ke perkhidmatan berkenaan. Bagi anda yang menggunakan Steam, Selamat menggunakan perkhidmatan Steam kembali.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wPNCu7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.