Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Batang Gigi Bayi Yang Berusia 1 Bulan Terpaksa Di Bedah Dan Di Buang Oleh Doktor Kerana Mengganggu Penyusuan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Batang Gigi Bayi Yang Berusia 1 Bulan Terpaksa Di Bedah Dan Di Buang Oleh Doktor Kerana Mengganggu Penyusuan..


NEW DELHI – Pelik tapi benar. Seorang bayi yang baru berusia sebulan di Gujarat telah mempunyai sebanyak tujuh batang gigi.

Menurut laporan media di India, gigi itu dikatakan telah tumbuh selepas beberapa hari bayi itu dilahirkan.


Setelah mengetahui tentang hal itu, ibubapa bayi itu terpaksa membawanya merujuk kepada pakar kanak-kanak.


Namun, kesemua gigi yang tumbuh itu terpaksa dibuang oleh sekumpulan doktor di Gujarat kerana dia mengalami kesukaran untuk menyusu badan.

“Bayi itu semakin baik sekarang,” kata pakar pergigian, Dr. Meet Ramatri yang mengetuai pembedahan tersebut.

Proses penganggalan gigi itu dilakukan secara dua peringkat. Pada peringkat pertama, sebanyak empat batang gigi dibuang dan pada peringkat kedua, baki tiga batang lagi telah berjaya dibuang.


Setelah proses pembuangan gigi itu berjaya, pihak doktor yang terlibat telah menemui tisu putih yang berada dalam mulut bayi itu dan merujukkannya kepada pakar.

“Selepas diperiksa saya menemui dia mempunyai tujuh batang gigi. Kadang-kadang kita akan menemui tanda ada gigi pada bayi baru lahir tetapi ia tidak tumbuh.

“Tetapi dalam kes ini giginya betul-betul keluar,” kata Dr. Ramatri yang merawat bayi itu yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Tambahnya lagi, ia merupakan proses biologikal yang normal dan pernah berlaku sebelum ini.

VIDEO:




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xm2hPm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.