Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Bila Kau Rasa Suami Semakin Jauh, Goda Semula Hatinya. Bukan Buat ‘Confession’ Luah Kat ‘FB Page’ Sini Sana”.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Bila Kau Rasa Suami Semakin Jauh, Goda Semula Hatinya. Bukan Buat ‘Confession’ Luah Kat ‘FB Page’ Sini Sana”..


Ini kisah yang diceritakan semula. Pengalaman dari seorang wanita yang sudah bercerai setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga. Mohon tips-tips beliau dapat dijadikan pedoman pada semua isteri dan bakal isteri.

Menurut pengalaman beliau, terdapat beberapa perkara penting yang dipelajari sepanjang perkahwinan. Wanita juga mempunyai tanggungjawab di dalam membahagiakan rumahtangga seperti:

1. Sentiasa pandang sisi terbaik suami. Fikirkan yang baik-baik sahaja dan bukannya fokus pada sifat-sifat suami yang korang tidak suka.

2. Jaga hubungan kelamin. Lagi kerap lagi bagus. Nasihat terbaik daripada seorang wanita tua pada hari perkahwinan beliau, bersama sekerap yang boleh kerana hubungan kelamin suami isteri seperti ubat pada luka-luka dalam rumah tangga akibat tidak kesefahaman yang memang akan kerap kali berlaku. Bila anda rasa suami semakin jauh, goda semula dan dekatkan diri dengan suami di katil.

3. Kalau minta nasihat, mintalah daripada perempuan yang lebih berumur yang telah berjaya di dalam alam rumah tangga. Memang mustahil untuk buat keputusan terbaik semasa sedang marah dan memang tidak akan sama bila minta nasihat tentang perhubungan daripada rakan-rakan sebaya berbanding dengan meminta nasihat daripada kakak-kakak yang lebih matang dan berumur.


4. Beri suami ruang. Dia bukan tidak pedulikan isteri, cuma kekadang lelaki perlu hilangkan serabut kepala.

5. Bukan kerja isteri untuk mengubah atau cuba “fix” suami masing-masing. Kita semua di dalam perjalanan hidup yang akan mengajar masing-masing tentang perkara baik dan buruk di dalam kehidupan.

6. Beritahu suami yang dia kuat/pandai/manly stiap waktu. Memang sifat lelaki yang memang pelupa.

7. Jangan ambil sambil lewa bila seorang lelaki telah memilih anda sebagai pasangan hidup.

8. Sentiasa ketawa pada lawak-lawak dia, walaupun sebenarnya tidak berapa lawak pun.

9. Sentiasa bertanggungjawab untuk setiap perbuatan. Akauntabiliti di dalam perkahwinan pada setiap tindakbalas dan emosi.

10. Masak untuk suami. Lagi-lagi makanan kegemaran dia.

11. Jangan terlalu letakkan harapan tinggi pada si suami dan apabila diperlukan, beri dorongan dan semangat pada suami.

12. Janganlah berleter bila suami pulang bekerja, bagi dia rehat dan chill dulu.

13. Sayangi dia dengan cara yang dia perlukan, bukan dengan cara yang anda rasa dia perlukan. Carilah bahasa-bahasa tubuh si suami dan jadi lebih sensitif dan bersedia untuk menunjukkan yang anda sayangkan dia seperti mana yang dia mahukan, bukan seperti yang anda mahu.


14. Berusaha untuk mencantikkan diri. Bila si isteri lebih berusaha utk bersifat feminine boleh menambahkan kelelakian si suami.

15. Sentiasa ada waktu untuk suami. Beri dia masa dan tumpuan bila diperlukan. Ada masanya nanti, isteri juga akan perlukan masa dan tumpuan daripada suami.

16. Jangan bercakap, puji, komen tentang lelaki lain, walaupun dalam berbentuk fiksyen ataupun filem.

17. Sentiasa bersedia untuk melayan suami di atas katil. Isteri yang selalu mendambakan sifat-sifat maskulin lelaki dary suami akan lebih disayangi.

Sumber: OMM


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gRyjrL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.