Video: Baby Shark Dance kini jangkiti rakyat Malaysia termasuk selebriti
Setelah reda demam single ‘I Am Me’ dendangan usahawan selebriti Datuk Seri Hamiza Othman yang mencetuskan fenomena di dalam dan luar negara, kini satu lagi lagu baharu sedang ‘menjangkiti’ rakyat Malaysia.
Selebriti tempatan turut terkena tempias dan ‘terjebak’ merakamkan video parodi lagu tersebut untuk dikongsikan bersama peminat menerusi laman sosial.
Lagu kanak-kanak berjudul ‘Baby Shark Dance’ itu yang mula diperkenalkan pada Jun 2016 menjadi semakin popular sejak awal bulan lalu.
Antara selebriti yang merakamkan video parodi tersebut ialah pengarah Erma Fatima, pelawak Jihan Muse dan Bell Ngasri, pelakon dan penyanyi lain seperti Nana Mahazan, Azrel Ismail, Idris Khan dan Akim Ahmad.
Lirik lagu ‘Baby Shark Dance’ itu mengisahkan tentang keluarga jerung yang turut disertai dengan beberapa gerakan tarian mudah.
Video Baby Shark Dance yang dimuat naik di Youtube pada Jun 2016.
Setakat ini, video tersebut yang dimuat naik di Youtube sudah ditonton sebanyak 223 juta kali.
Sebelum ini, lagu dari Korea bertajuk ‘Gwiyomi’, ‘Kun Anta’ dendangan penyanyi Kuwait dan ‘Pen Pineaple Apple Pen’ atau PPAP dari Jepun turut menjadi siulan rakyat negara ini.
Sumber: Mstar
Sumber Video: Baby Shark Dance kini jangkiti rakyat Malaysia termasuk selebriti
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xknLfv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment