Hi! Welcome Back and Stay Tune! WATIE ELITE Kena Bayar RM700,000 Kepada HANA ELITE .. Persahabatan Terputus Kerana Masalah Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WATIE ELITE Kena Bayar RM700,000 Kepada HANA ELITE .. Persahabatan Terputus Kerana Masalah Ini

loading…

WATIE ELITE Kena Bayar RM700,000 Kepada HANA ELITE .. Persahabatan Terputus Kerana Masalah Ini

WATIE ELITE Kena Bayar RM700,000 Kepada HANA ELITE .. Persahabatan Terputus Kerana Masalah Ini
WATIE ELITE Kena Bayar RM700,000 Kepada HANA ELITE .. Persahabatan Terputus Kerana Masalah Ini

Watie atau Norwati Sadali, 41, ketika ditemui berkata, jumlah yang dituntut Hana di luar kemampuannya dan dia turut membuat rayuan di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali ketika mendengar kes itu pada Jumaat.

ARTIKEL MENARIK: Dulu Ditemukan Di Tong Sampah, Kini Anak Kepada Aktor Bollywood Ini Makin Cun..

loading…

“Saya bukan hendak melarikan diri daripada membayar ganti rugi itu tapi jujur saya katakan jumlah itu memang di luar kemampuan saya dan pendapatan saya pun bukannya banyak dan masih berlakon untuk mendapatkan wang.

“Jika saya mempunyai perniagaan yang besar dan berjaya memang saya akan bayar tetapi memang saya tidak mampu.

“Sebab itu saya mohon rayuan daripada mahkamah agar jumlah itu dikurangkan dan itu pun saya boleh lunaskan secara ansuran bulanan,” katanya.

Watie hadir ke mahkamah ditemani suaminya, Joey namun tidak diwakili peguam.
Manakala Hana pula tidak menghadirkan diri dan hanya diwakili peguam, Tengku Nadiatul Hanim Tengku Mohamad Nasser.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 39,membuat tuntutan saman penghutang penghakiman terhadap Watie pada 18 Mei lalu selepas dia gagal membayar ganti rugi itu.

Terdahulu, Hana memperoleh kemenangan selepas membuat tuntutan terhadap Watie pada 28 Ogos 2014 berhubung kegagalan penyanyi itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.

Menerusi penyata tuntutan itu, Hana telah membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 bagi membeli kereta itu namun Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.

Akibat kejadian itu nama Hana diisytiharkan muflis dan perkara itu mula tersebar di blog sehingga mendatangkan malu kepadanya.

Sementara itu, Watie berkata dia cuba menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah namun ditolak oleh Hana kerana sudah membawa kes itu ke muka pengadilan.

“Saya terkejut sebenarnya ketika kes dahulu selesai begitu sahaja tanpa saya berpeluang membela diri.

“Saya pernah cuba bertemu dengan Hana untuk selesaikan masalah tetapi dia menolak dan pilih jalan ini (Selesaikan di mahkamah).

“Saya cuba juga buat rayuan sebelum ini tetapi kes ini telah ditutup,” katanya.
Tambah Wati, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan akan cuba membayar ganti rugi selepas mahkamah mengeluarkan keputusan rayuannya.

“Jika benar saya bersalah saya minta maaf dengan Hana dan sekarang pun saya positif sahaja.
“Kita pernah berkawan dan tak sangka pula jadi begini tetapi saya reda dan cuba selesaikan masalah ini,” ujarnya.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan bagi mendengar rayuan penghutang bagi mengurangkan jumlah hutang berkenaan.

Sumber: MSTAR

—————————————————————–
Loading…

The post WATIE ELITE Kena Bayar RM700,000 Kepada HANA ELITE .. Persahabatan Terputus Kerana Masalah Ini appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wPShw2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.