Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Ibu Mengandung Dibelah Perut, Bayi Dicincang’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Ibu Mengandung Dibelah Perut, Bayi Dicincang’


SHAH ALAM – Ganas, brutal, dan terlalu kejam, itulah yang dilakukan oleh tentera Myanmar dan ekstremis Rakhine terhadap etnik Rohingya di bumi Myanmar.

Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, beliau sendiri pernah menjadi saksi kekejaman yang dilakukan terhadap etnik berkenaan.

“Tindakan yang dilakukan mereka tiada belas kasihan. Etnik Rohingya dihenyak semahu-mahunya oleh mereka, bagi memastikan bangsa itu terhapus di muka bumi ini.

“Cara mereka membunuh mangsa ini, sangat-sangat brutal, kita boleh panggil penyembelihan. Bayangkanlah wanita mengandung disembelih, dibelah perutnya, diambil janin kemudian dicincang dan dicampak buang.

Saya dapat lihat mayatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian memberi penerangan tentang keadaan yang berlaku terhadap etnik Rohingya pada Majlis Pelancaran Sinar4Rohingya, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Menceritakan lanjut, Mohd Azmi berkata, selain itu perlakuan rakus tentera Myanmar terhadap etnik ini, adalah memotong kaki sebelum menembak mereka dan seterusnya membakar mayat itu.

“Modus operandi mereka ialah, tentera Myanmar mengepung kampung, kemudiannya membawa ekstremis Rakhine masuk untuk hancurkan apa yang ada dikampung berkenaan,” katanya.

Katanya, menjengah waktu kini lebih dahsyat apabila mereka kini mula memburu golongan agama untuk dihapuskan.

“Dua ulamak besar sudah dibunuh iaitu Maulana Ahmad Hussein dan Maulana Faizul Islam, mereka berdua itu dibakar,” katanya. - SINAR HARIAN


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vUQuHn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.