Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki


Seorang wanita yang didakwa berkahwin dengan lapan lelaki sebelum menghilangkan diri bersama wang hantaran sedang diburu polis Thailand.

Nammon atau Jariyaporn Buayai, 32, diburu polis selepas lapan lelaki membuat laporan mendakwa isteri mereka menghilangkan diri bersama wang hantaran selepas beberapa berkahwin.

Mangsa memberitahu bahawa mereka membayar wang hantaran 200,00 baht (RM25,611) hingga 500,000 baht (RM64,021) ketika berkahwin.

Prasarn Tiamyam, 32, seorang mangsa membuat memberitahu polis bahawa bekas isterinya menghilangkan diri selepas empat hari mereka berkahwin.

Dia yang baru sedar ditipu selepas terbaca satu kenyataan di Facebook yang memberi amaran kepada lelaki supaya berhati-hati dengan seorang wanita yang menipu untuk mendapat wang hantaran.

“Saya berkenalan dengan Nammon pada Februari 2015 dan berkahwin dengan wanita itu sembilan bulan kemudian selepas dia mendakwa hamil."

“Selepas empat hari berkahwin Nammon menghilangkan diri dan tidak lama selepas itu meminta cerai dengan alasan dia keguguran,” katanya lagi.

“Berkenalan dengan Nammon di Facebook dan memindahkan wang hantaran 500,000 baht ke akaun bank wanita itu Februari lalu.” kata mangsa yang tidak mahu dikenali.

Namun dia enggan melangsungkan majlis perkahwinan dengan alasan tukang tilik menyatakan tahun ini adalah tempoh malang untuk berkahwin.

Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Wichit memberitahu, dia berhubung dengan tujuh lagi mangsa penipuan wanita itu dan berpakat membuat laporan polis.

Dia juga percaya mangsa wanita itu mungkin lebih ramai lagi kerana ada laporan dia berkahwin dengan lima lelaki lain pada Ogos lalu.

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vVCvRz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.