Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tayang Pusat Tak Boleh Ke? Dulu OK Saja - Zizi Kirana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tayang Pusat Tak Boleh Ke? Dulu OK Saja - Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana menyifatkan kecaman netizen terhadap penampilannya yang dikatakan seksi sebagai isu yang sengaja disensasikan sedangkan dia sudah terbiasa dengan imej begitu sejak mula mencipta nama.

PENYANYI Zizi Kirana menyifatkan kecaman netizen terhadap penampilannya yang dikatakan seksi sebagai isu yang sengaja dibesar-besarkan. - Foto Instagram

Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 32, hairan mengapa baru kini imej yang dibawanya itu diperdebatkan kerana selama ini, tiada siapa yang mempedulikan cara pemakaiannya.

Bakat yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, dia menyedari penampilannya mula diperkatakan selepas menyertai pertandingan D’Academy Asia 2 (DAA2) di Jakarta, Indonesia.

“Mungkin sebelum ini nama saya kurang menyerlah, jadi peminat tidak begitu mempedulikan cara pemakaian saya. Agaknya baru kini mereka menyedari kehadiran saya, lalu mengikuti perkembangan saya di media sosial.

“Bagi saya, pakaian yang saya gayakan itu tidak terlalu seksi atau mencolok mata. Saya berpakaian mengikut keselesaan dan kesesuaian tempat,” katanya.

Zizi yang pernah mencipta nama bersama kumpulan The Fabulous Cats berkata, biarpun menerima pelbagai kecaman yang ditinggalkan di laman sosialnya, dia tidak pernah ambil hati. Baginya, tidak guna memikirkan perkara remeh yang hanya memberi kesan negatif kepada dirinya.

“Saya tidak kisah dikecam, malah tidak pernah sesekali membalas segala komen yang diberikan. Tidak guna berbahas di media sosial, meskipun ada di antara komen yang dilemparkan agak keterlaluan dan menghiris hati.

“Saya cuma melakukan kerja saya dan tidak berbuat salah dengan sesiapa. Mereka tidak perlu menghukum hanya dengan menilai berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial,” katanya.

Terlebih dulu tampil bersama single, Rahsia Hati, Zizi yang bakal melancarkan lagu terbarunya, Boleh Jalan ciptaan bersama DJ Fuzz dan Waris turut merancang untuk memperkenalkan lagu itu kepada peminatnya di Indonesia.

“Sejak menyertai DAA2, saya mula mengumpul kelompok peminat di sana yang bersatu di bawah Zizi Fellas. Mereka banyak membantu mempromosikan nama saya di Indonesia.

“Ekoran sambutan positif yang diberikan, saya berhasrat untuk memperkenalkan Boleh Jalan kepada peminat di negara itu,” katanya yang turut aktif mengadakan persembahan di Jakarta.

ANTARA gaya Zizi Kirana yang mencetuskan pertikaian peminat di media sosial.

ANTARA gaya Zizi Kirana yang mencetuskan pertikaian peminat di media sosial.

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wgbCmF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.