Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Bunuh Isteri Tolak Dalam Laut .. Pasukan Penyelamat Ambil Masa 5 Jam Lebih Untuk Cari Mayat Tapi Rupa Rupanya .. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Bunuh Isteri Tolak Dalam Laut .. Pasukan Penyelamat Ambil Masa 5 Jam Lebih Untuk Cari Mayat Tapi Rupa Rupanya ..


LELAKI berusia 64 tahun ditahan selepas membuat laporan palsu mendakwa dia menolak isterinya jatuh ke dalam laut selepas berlaku pertengkaran kecil di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang arah Georgetown, 9.53 pagi hari ini.

Berdasarkan siasatan, lelaki itu dipercayai mengalami masalah mental dan kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu menyebabkan pasukan menyelamat melakukan operasi mengesan ‘mangsa’ bermula 11 pagi sebelum operasi dihentikan 4.32 petang selepas mendapati ia adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, lelaki itu datang membuat laporan di Balai Polis Prai pada 11 pagi tadi memaklumkan dia bergaduh dan menolak isterinya ke dalam laut.

Beliau berkata, bertindak melalui laporan itu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dengan meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Pasukan Polis Marin bagi mengesan mangsa.

“Di dalam laporan yang dibuat lelaki itu, dia mendakwa bergaduh dan menolak isterinya kerana dikatakan melakukan perkara sumbang terhadapnya serta enggan ke mahkamah syariah.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati lelaki itu mempunyai masalah mental dan sudah bercerai dengan isterinya,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, semakan mendapati lelaki itu membuat 91 laporan palsu mengenai kematian isterinya akibat dibunuh olehnya.

“Susulan daripada itu, kita mengesan isteri suspek dan didapati wanita berusia 50 tahun itu berada dalam keadaan selamat.

“Kita turut menghubungi keluarga suspek dan mereka memaklumkan suspek mempunyai masalah tekanan jiwa serta kerap masuk mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vVdxBI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.