Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tolong ingat itu. Kita baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan. Di India gst 28%” – Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tolong ingat itu. Kita baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan. Di India gst 28%” – Najib

“Kami mendengar” – itu antara slogan yang dikemukakan kerajaan untuk memahamkan rakyat sebelum ini.

Dan hari ini Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa beliau menyedari kesusahan rakyat yang berdepan dengan cukai dan isu hutang seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MIC di PWTC Kuala Lumpur hari ini perdana menteri mengakui ramai pelajar India tidak mendapat pinjaman PTPTN.

Perkara itu dibangkitkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam ucapan beliau sebelumnya.

“Saya terima pandangan mengenai PTPTN. Justeru kerajaan akan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu itu kerana ia bukan saja menjadi masalah pelajar India, sebaliknya semua komuniti,” katanya.

Pada masa sama Najib menegaskan untuk mengatasi masalah itu kerajaan tidak boleh menaikkan atau menambah cukai.

Katanya orang Malaysia tidak suka membayar banyak cukai.

“Mereka hanya cuka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih,” katanya.

Perdana menteri turut mengingatkan bahawa di India kerajaan negara itu mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.

“Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan,” katanya.

GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan (6 peratus).

Pemimpin kerajaan menegaskan pelaksanaan GST tidak membebankan, malah ada yang lebih berani mendakwa ia akan menyebabkan harga sesetengah barang akan turun.

Bagaimanapun hakikatnya harga barang menjadi lebih mahal kini dan didakwa menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara.

 

Menurut Najib peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.

“Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut),” katanya.

Sumber: MK



Sumber “Tolong ingat itu. Kita baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan. Di India gst 28%” – Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y0KU6N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.