Hi! Welcome Back and Stay Tune! Udang Celup Tepung 45 Ekor RM10, Ikan Celup Tepung RM1.90, Dan Teh 'O' Ais Percuma!.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Udang Celup Tepung 45 Ekor RM10, Ikan Celup Tepung RM1.90, Dan Teh 'O' Ais Percuma!..


SETIU: Kuasa tular atau 'viral' memberi impak berganda kepada sebuah kedai makan di kawasan Penarik, di sini, sejak sebulan yang lalu lapor Sinar Harian.

Pelanggan yang datang ke Kedai Makan Trizai sangat berpuas hati dengan harga dan kuantiti serta layanan yang diberi kedai berkenaan.


Mana tidaknya, dengan hanya membayar RM10 sepinggan, pelanggan memperoleh 45 ekor udang celup tepung yang cukup digemari ramai.

Begitu juga dengan harga ikan selayang celup tepung yang dijual RM1.90 seekor.


Malah minuman seperti teh O beng (ais) dan sirap diberi secara percuma kepada pelanggan dengan konsep layan diri.


Pengusaha Kedai Makan Trizai, Zainab Mohamed, 26, berkata, dia tidak menyangka kuasa tular begitu tinggi impaknya sehingga dia tidak menang tangan berhadapan pelanggan yang berpusu-pusu ke kedai itu.

Image may contain: food

Katanya, keadaan itu berlaku apabila terdapat pelanggan yang menularkan kedai berkenaan dan mendapat respon positif daripada netizen termasuk dari luar Terengganu.

"Akibat daripada viral, kedai yang telah beroperasi selama lima tahun ini terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga jam 10 malam dan juga menambah jumlah pekerja kepada lebih 20 orang.

Image may contain: one or more people, people eating, people sitting, food and indoor

"Sebelum ini kedai mula buka jam 10 pagi hingga 7 petang, tetapi setelah menjadi viral, orang ramai masih datang sebelah petang sehingga malam, menyebabkan saya buka (kedai) sampai malam," katanya ketika ditemui di kedainya, di Penarik, di sini.

Zainab berkata, situasi itu berlaku ketika musim perayaan dan juga cuti umum termasuk hujung minggu.


Malah katanya, dalam tempoh itu juga, dia perlu menambah stok udang dan ikan selayang bagi menampung permintaan pelanggan.

"Musim perayaan (Aidiladha) baru-baru ini, stok udang satu tan manakala 500 kilogram ikan selayang habis dijual dalam tempoh sehari.

"Biasanya hari-hari biasa, kami menyediakan stok udang sebanyak 500 kilogram dan ikan selayang 300 kilogram sahaja sehari," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQe3Aw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.