(VIDEO) "Kesian Bobo Di Telan Ular Sawa."-Ular Sawa Dipaksa Memuntahkan Kembali Kucing Kesayangan Wanita Ini..
ULAR sawa sepanjang lebih lima meter yang menelan kucing kesayangan seorang wanita di Pathum Thani, Thailand, dipaksa ‘memuntahkan’ kembali kucing itu oleh pemiliknya.
Menurut Daily Mail, selepas menelan kucing yang diberi nama Bobo itu, Rabu lalu, ular sawa berkenaan berlengkar di bawah sinki dapur rumah wanita berkenaan bagi menghadamkan kucing seberat kira-kira tiga kilogram terbabit.
Saowarak Charoen, 59, ternampak ular itu lalu menghubungi pihak berkuasa.
Dua anggota polis dan tiga anggota penyelamat haiwan mengheret ular itu yang perutnya buncit keluar ke halaman rumah sebelum memulas dan menekan reptilia berkenaan bagi memaksanya memuntahkan kucing berkenaan.
Namun, terlambat kerana Bobo sudah mati.
Saowarak yang amat sedih dengan kejadian itu berkata, dia ternampak ekor ular berkenaan terkeluar dari dalam kabinet di bawah sinki yang terbuka.
“Saya sangka ular kecil dan terkejut apabila mereka menarik keluar ular sawa yang amat besar,” katanya.
Anggota jabatan perlindungan haiwan liar membawa pulang ular berkenaan sebelum dilepaskan ke dalam hutan.
VIDEO:
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xSr75l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment