Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: “Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: “Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang”

Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang
………..
Rider request pickup point di Aeon Bukit Tinggi, seperti biasa saya terus ke Starbuck Aeon tersebut sambil buat panggilan telefon ke rider, rupanya dia tunggu di bus stop Aeon, bersebelahan Taxi Stand Aeon. Saya terangkan kepada rider untuk menunggu saya di bawah jejantas, betul-betul depan exit Aeon, tapi jejantas itu juga berdekatan dengan Taxi Stand Aeon, semuanya berhampiran. Ketika saya selesai punch ticket untuk exit Aeon, saya sudah nampak rider tersebut.

 

 

Video: "Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang"

Video: “Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang”

 

Posted by Abu Ibrohim Jdt on 9hb September 2017

 

 

No automatic alt text available.

 

Image may contain: one or more people and closeup

 

 

Lambat pula dia bergerak. Jadi saya tunggu bawah jejantas. Datang pemandu teksi berbaju putih, dialek Sabah, menumbuk cermin kereta berkali-kali minta saya pergi, kemudian menendang bahagian sisi kereta dengan kuat 2-3 kali. Saya parking ke hadapan sedikit untuk lancarkan laluan trafic, kemudian keluar kereta sambil ON fon, hajat hati mahu ambil video/gambar driver teksi tidak bertamadun itu. Baru beberapa saat merakam, dia terus meluru dan menumbuk saya bertubi-tubi di kepala, saya tidak melawan sebab tangan ada fon dan tak mahu keruhkan keadaan sebab di situ ramai kawan-kawannya. Cermin mata saya pecah, hilang dua-dua cerminnya, muka saya ada sedikit luka, telinga rasa berdengung, mujur tumbukan yang bertubi itu tidak sekuat mana, tapi saya cukup geram sebab beliau bersikap sangat aggresif dan tidak menunjukkan nilai yang seharusnya. Saya pemandu Grab yang sah mengikut lunas undang-undang Malaysia, dia pun Pemandu Teksi, dia boleh sahaja daftar masuk bawah Grab sebagai Grab Taxi atai Just Grab, melalui Uber pun boleh, jadi adil, sama-sama cari rezeki. Malahan dia mempunyai saluran untuk jana pendapatan dengan lebih luas. Mengapa perlu bertindak ganas.

Cermin mata saya kutip di tanah, kemudian saya beredar dan beritahu dia dan rakan-rakannya yang laporan polis akan dibuat. Tindakan secara aman dan profesional penting untuk elak perkara lebih buruk terjadi.

Selesai hantar rider berbangsa Sri Lanka tadi ke destinasi, saya terus menuju ke Balai Polis Bukit Tinggi, Klang, Koperal Rahim mengambil laporan dan beliau bersikap amat profesional, kemudian saya diminta ke IPD Klang Selatan untuk berjumpa Inspektor Suresh. Petang tadi juga dikhabarkan Inspektor Suresh dan pegawainya telah datang ke Taxi Stand Aeon Bukit Tinggi untuk memberi amaran serta peringatan tegas kepada semua Pemandu Teksi. Respon pantas IPD Klang Selatan diketuai Inspektor Suresh amat saya hargai. Saya buat permintaan untuk menegur sahaja mereka yang terbabit kerana maklum Pemandu Teksi bukanlah orang berharta atau kenamaan yang hidupnya senang. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan.

Surat untuk buat pemerikaaan perubatan ada saya pegang, namun klinik swasta dikawasan ini semuanya tutup, mungkin sebab hari ini Sabtu 9 Sepetember, Hari Keputeraan Agong. Takkan mahu ke HTAR Klang pula, terkenal itu dengan kesesakan dan lama tempoh menunggu.

Sewaktu saya dihujani tumbukan, saya lihat ada dua orang remaja Cina merakam kejadian tersebut. Video yang saya ada singkat sangat, tak dapat tunjuk scene sebenar. Tak sempat nak minta rakaman tersebut, bergegas siapkan tugasan menghantar rider yang menanti.

Rider Sri Lanka itu beri tambang lebih daripada sepatutnya, dua-dua mahu beri duit lebih, saya terpaksa ambil daripada salah seorang. Mereka luahkan rasa kekesalan kerana menunggu di bus stop itu. Saya nasihatkan mereka untuk pilih Starbuck Aeon sebagai pickup location, jelas sangat jauh daripada taxi, lebih selamat. Saya minta maaf kepada mereka kerana apa yang telah terjadi jelas bukan sikap rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Pemandu teksi sekalian, sikap segelintir daripada anda hanya mengeruhkan keadaan. Masyarakat semakin takut dengan teksi. Puas hati? Teruskan dengan sikap ganas anda, mana tahu boleh jadi jutawan.

Saya harap pihak PDRM dapat memberi amaran yang jelas dan tegas kepada para pemandu teksi. Ini bukan kes pertama dan saya yakin bukan yang terakhir. Ramai sudah rakan Grab Driver yang menjadi mangsa. Ramai juga penumpang Grab /Rider yang dihalau keluar daripada kereta Grab oleh pemandu teksi. Malaysia negara bertamadun. Sikap ganas segolongan Pemandu Teksi wajib dibanteras.

#SPAD
#PDRM

Sumber: Abu Ibrohim JDT



Sumber Video: “Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang”

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQPa7i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.