Vivy Yusof kini teroka segmen kosmetik
Menerusi syarikat Kumpulan dUCk, rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama dUCk Cosmetics, menampilkan koleksi gincu, pengilat bibir, krim bibir dan palet pembayang.
Sebagai pengasas bersama syarikat, Vivy berkata, walaupun jenama itu lebih terkenal dengan jualan tudung, beliau mahu dUCk dikaitkan sebagai jenama 'gaya hidup'.
"Saya tidak mahu mengehadkan dUCk kepada segmen tudung sahaja, tetapi segmen lain seperti 'home and living' dan 'travel'.
"Saya yakin dUCk ada potensi untuk menjadi jenama bertaraf antarabangsa," kata Vivy kepada Astro AWANI.
Jelasnya, proses membangunkan produk ini telah bermula sejak satu setengah tahun yang lalu.
"Ia merupakan proses yang lama bagi kami kerana ia melibatkan penyelidikan dan pembangunan.
"Saya juga tahu persaingan dalam industri kosmetik juga sangat tinggi, maka saya amat menekankan pembungkusan yang baik," katanya.Selain itu, katanya bahan-bahan yang digunakan adalah bersih dan selamat dan menepati tahap piawaian tertinggi Kesatuan Eropah (EU).
"Semua bahan yang kami gunakan adalah halal, dan kini kami dalam proses untuk mendapatkan sijil halal.
"Kami harap apabila koleksi kedua dilancarkan, kami sudah mendapat sijil itu," katanya.
Kedai dUCk Cosmetics yang dibuka pada 2 September lalu sudah menyaksikan sambutan memberangsangkan terutamanya di kalangan peminat setia jenama dUCk.
Ia juga merupakan kedai kosmetik tempatan yang pertama dibuka di sebuah pusat beli belah eksklusif, Pavilion Kuala Lumpur, yang terkenal dengan rangkaian outlet berjenama antarabangsa.
"Saya banyak mendengar orang mempersoalkan kualiti jenama tempatan, dan berkata mereka tidak pernah melihat jenama tempatan ini di pusat beli belah.
"Jadi saya mahu buktikan bahawa jenama tempatan juga setanding dengan jenama antarabangsa.
"Saya sangat bersyukur dengan pihak Pavilion kerana memberi kepercayaan kepada dUCk Cosmetics membuka kedai di sini dan saya harap ia memberi inspirasi kepada usahawan lain," kata Vivy.
Tambahnya, dUCk Cosmetics juga dalam rancangan untuk terus mengembangkan lagi perniagaannya.
"Kami mahu mengeluarkan bronzer, pemerah pipi dan penyerlah, termasuk produk mata yang lain.
"Saya juga berminat untuk menerokai segmen kesihatan kulit, tetapi itu masih dalam proses lagi.
"Sekarang kami mahu fokus terhadap produk kosmetik," katanya.
Beliau yakin jika sebelum ini dUCk hanya menarik perhatian mereka yang berhijab, kini ia mampu menarik pelanggan dari pelbagai latar belakang.
Menerusi jenama dUCk, Vivy berharap ia mampu menerbitkan kebanggaan di kalangan pengguna dan peminat dUCk kerana ia adalah produk tempatan.
Sumber Vivy Yusof kini teroka segmen kosmetik
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fbzzG0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment