Hi! Welcome Back and Stay Tune! “5 Tahun Pertama Jadi Dj, Saya Tidak Pernah Solat Subuh” – Kisah Insiprasi Fara Fauza Sebelum Mula Berhijrah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“5 Tahun Pertama Jadi Dj, Saya Tidak Pernah Solat Subuh” – Kisah Insiprasi Fara Fauza Sebelum Mula Berhijrah


Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.


10 tahun di konti HOT FM.

Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahunpertama tidak menunaikan solat Subuh.

Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.

Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.

Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.



Selesa dengan penampilannya kini.

“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.

“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.

Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malamdan perlu mekap seawal jam 5 petang.

“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.

“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.

“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.

Moga kekal istiqomah.

Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomahdan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah boss bukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.

Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.

DENGAR VIDEO PENUH PERKONGSIANNYA:


Sumber: http://ift.tt/2guoXC0


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzvsMs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.