Kostum Kuda Kepang Ratu Cantik Grand Malaysia Dikritik Netizen
Menariknya, dalam segmen kostum ini, peserta Indonesia menerusi Dea Geosti Rizkita berusia 24 tahun mengungguli pungutan mata tertinggi selepas menerima undian sebanyak 7,502,479 diikuti rapat peserta Vietnam, Cambodia, Filipina dan Laos.
Dea tampil menawan dengan pakaian seberat 27 kilogram yang mempamerkan Indonesia sebagai negara maritim dengan warna biru gelap. Ia juga dihiasi dengan lima kristal biru pada perhiasan atas yang mewakili eleman Pancasila. Lihatlah kostum wakil Indonesia ini!
KUDA KEPANG JADI TEMA KOSTUM MALAYSIA
Tidak pasti dimana kedudukan Malaysia dalam segmen ini tetapi apa yang pasti kostum diperagakan peserta Sanjeda John berusia 25 tahun ini sedikit sebanyak mencetuskan perbalahan antara dua negara. Anda mungkin boleh teka negara mana yang diberi 'hashtag' #doneclaim. Ini antara komen yang dilontarkan netizen dari seberang.
SEJARAH KUDA KEPANG
Menyingkap semula salah silah seni persembahan kuda kepang di Malaysia, ia dikatakan muncul sekitar tahun 1810 pada zaman Temengong Daing Ibrahim apabila ramai masyarakat Jawa dibawa ke Semenanjung Malaysia.
Kedatangan orang Jawa Timur ini kemudian turut membawa kesenian kuda kepang yang ketika itu banyak dipersembahkan di Johor dan Selangor. Sehingga kini budaya Kuda Kepang masih diamalkan terutama di Johor tetapi terhad kepada persembahan pada majlis keramaian sahaja.
Tidak dinafikan budaya budaya kuda kepang banyak dibawa masuk oleh masyarakat Jawa. Namun, ia juga berkembang ke sini sehingga menjadikan ia sebahagian budaya negara ini. Tidak perlu berperang di media sosial dan sudah tiba masanya netizen lebih bersifat terbuka. Good Luck Malaysia!
Sumber Kostum Kuda Kepang Ratu Cantik Grand Malaysia Dikritik Netizen
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUJZoZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment