Hi! Welcome Back and Stay Tune! Omar mahu aksi berakhir dalam 90 minit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Omar mahu aksi berakhir dalam 90 minit

KUALA TERENGGANU: Pengendali Selangor, Omar Ali menuntut anak buahnya berwaspada dengan kebangkitan Terengganu pada aksi kedua final Piala Presiden di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Menurutnya, sekalipun membawa bekalan selesa dua gol hasil kemenangan dalam perlawanan pertama, namun beliau tidak mahu anak buahnya terlalu selesa.

"Kami tidak mahu terlalu selesa dan tiada tekanan buat pasukannya sekalipun turun dengan berbekalkan dua gol. Kami mengambil pendekatan untuk bermain seperti mana aksi pertama di Selayang Jumaat lalu.

"Malah, saya mahu perlawanan ini berakhir dalam tempoh 90 minit saja," katanya pada sidang media perlawanan akhir kedua di Bilik Mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), di sini, hari ini.

Omar berkata, beliau juga akan mempertaruhkan kesebelasan terbaik bagi mengekang asakan Terengganu sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan sembilan tahun.

"Saya menaruh harapan cukup tinggi untuk meraih kejuaraan Piala Presiden tahun ini dan berharap penantian kami akan berakhir malam esok," katanya.

Sementara itu, pengendali Terengganu, Mustafa Kamal Abdul Wahab tetap optimis pasukannya mampu mengatasi defisit dua gol yang dimiliki Selangor.

Bekas pengendali sementara skuad Liga Super Terengganu itu berkata, dia mengharapkan sokongan padu penyokong dapat menyuntik moral anak buahnya dan turun dengan memburu gol awal.

"Pemain sudah bersedia untuk aksi malam esok, malah saya akan menerapkan strategi ampuh bagi memastikan dua gol yang miliki Selangor dapat dipadamkan.

"Diharapkan kehadiran semula tonggak pasukan, Mohd Ridzuan Mohd Razali yang tidak beraksi pada perlawanan pertama akibat mengutip dua kad kuning mampu menambah sengat jentera serangan pasukan," katanya.

Pada aksi final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Jumaat lalu, Selangor berjaya menundukkan Terengganu 2-0 hasil jaringan Badrul Amin Rusalan dan Muhd Syahmi Safari.



Sumber Omar mahu aksi berakhir dalam 90 minit

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUKj77

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.