Hi! Welcome Back and Stay Tune! JENTERA UMNO, BN JANGAN IKUT RENTAK PEMBANGKANG, KATA ANNUAR MUSA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JENTERA UMNO, BN JANGAN IKUT RENTAK PEMBANGKANG, KATA ANNUAR MUSA

JENTERA Umno dan Barisan Nasional (BN) digesa agar tidak mengikut rentak pembangkang yang gemar mencetuskan sentimen, sebaliknya lebih memfokuskan terhadap fasa akhir persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan Umno Annuar Musa berkata jentera BN khususnya Umno tidak boleh berlengah seolah-olah banyak tempoh masa berbaki malah perlu lebih memperkemaskan semua gerak kerja menjelang PRU14.

“Adalah penting sebagai parti yang mewakili kerajaan, kita nak tengok mesej, pemberitaan dan dasar parti sampai kepada rakyat kerana kita menghadapi masalah persepsi ketika ini… Bagaimana nak meyakinkan orang ramai kerana mereka lebih mudah menerima sentimen.

“Jentera BN dan pilihan raya mesti menganggap bahawasanya kita berada di fasa terakhir,” katanya kepada pemberita selepas Program Transformasi Negara Beliawanis Parlimen Ketereh, di Kem Bina Negara Alor Gajah hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata sehubungan itu, jentera perlu memfokuskan kepada tiga elemen dalam usaha mengubah persepsi masyarakat iaitu mengupas falsafah dan dasar perjuangan parti, penekanan kepada sejarah kejayaan kerajaan dan barulah menjawab isu semasa.

Annuar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata jentera BN juga perlu lebih banyak menyampaikan dasar dan gerakan MIC, MCA, dan Gerakan secara bersama berdasarkan fakta dan sejarah, bukan Umno semata-mata seperti yang dilakukan pembangkang khususnya DAP.

Menurut beliau jentera BN kini diberikan garis panduan bagi portfolio kritikal supaya pegawai yang ditugaskan memberi penerangan dapat memastikan semua persiapan terakhir pilihan raya dilaksanakan secara kemas dan teratur.

“Apabila Perdana Menteri Najib Razak membuat keputusan untuk membubar Parlimen jadi kita tahu rakyat tidak akan mengundi secara emosi dan isu yang dikitar semula oleh pembangkang sebaliknya berdasarkan fakta, falsafah, sejarah dan rekod prestasi,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRP7W5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.