Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bahara Emas dengan mesej antirasuah dipentaskan hingga Ahad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bahara Emas dengan mesej antirasuah dipentaskan hingga Ahad

KUALA LUMPUR: Teater sulung anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertajuk 'Bahara Emas' yang memuatkan mesej antirasuah dipentaskan untuk kali pertama di hadapan lebih 200 penonton di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini malam ini.

Tayangan hingga 22 Oktober ini berkisar mengenai kisah pada era pemerintahan Sultan Melaka kelapan Sultan Mahmud Syah, yang menampilkan elemen seperti rasuah, hasad dengki dan fitnah yang berlaku pada zaman itu.

Teater arahan Dekan Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Rosminah Tahir berdurasi kira-kira dua jam itu membariskan hampir 50 pelakon antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Esma Daniel, Farahdhiya, Nor Zizi Zulkifli, Izzue Islam dan Mubarak Majid.

PEMENTASAN teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Saifullizan Tamadi

Penerbitnya Siti Rohayah Attan berharap pementasan itu mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan ia membawa mesej bermanfaat ke arah melahirkan masyarakat tanpa rasuah di negara ini.

"Saya harap teater ini dapat dipentaskan di lokasi berprestij seperti Istana Budaya yang mampu memuatkan lebih ramai penonton," katanya.

Bahara Emas mendapat sentuhan pemuzik tersohor tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Dipentaskan sempena sambutan 50 tahun SPRM, teater itu adalah hasil kerjasama Ctra Production, DBP, Istana Budaya dan Aswara. Masuk adalah percuma. - BERNAMA

PEMENTASAN teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Saifullizan Tamadi



Sumber Bahara Emas dengan mesej antirasuah dipentaskan hingga Ahad

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gmXLpb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.