Felda, Khazanah kerjasama tubuh Sekolah Amanah
Shahrir Abdul Samad berkata, Sekolah Amanah diwujudkan sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan masyarakat luar bandar, terutama dalam kalangan anak peneroka Felda.
TANJUNG MALIM: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menjalin kerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk menubuhkan Sekolah Amanah khusus untuk anak peneroka.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sekolah itu diwujudkan sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan masyarakat luar bandar, terutama dalam kalangan anak peneroka Felda.
“Saya ada mengadakan perbincangan dengan pihak Khazanah supaya mereka mengembangkan konsep Sekolah Amanah di bawah Yayasan Amir agar dapat dibawa ke sekolah rendah dan menengah di tanah rancangan Felda.
“Kita tahu konsep Sekolah Amanah mampu meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan pelajar dan hasilnya agak memuaskan kerana ia dilaksanakan di Sarawak, Johor dan Kuala Lumpur,” katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Kampus Tun Abdul Razak kali ke-8, hari ini.
Shahrir berkata, penubuhan Sekolah Amanah selaras visi dan matlamat Felda yang mengutamakan pendidikan dengan mempertingkatkan pencapaian akademik anak peneroka.
“Felda melihat bidang pendidikan merupakan satu aset yang boleh dikembangkan menerusi pencapaian anak-anak peneroka demi kemajuan masyarakat Felda secara keseluruhannya,” katanya.
Khazanah melalui Yayasan Amir mewujudkan Sekolah Amanah yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi meningkatkan kualiti pendidikan menerusi penambahbaikan untuk meningkatkan potensi pelajar.
Sekolah Amanah mula diperkenalkan pada 2011 dan setakat ini terdapat 40 sekolah berkenaan beroperasi di Johor, Sarawak, Selangor serta Kuala Lumpur.
Majlis Graduasi MRSM Felda merupakan program tahunan yang bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi dinilai daripada aspek sahsiah dan kokurikulum pelajar berkenaan.
Sejumlah 218 pelajar tingkatan 5 MRSM Kampus Tun Abdul Razak yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam pelbagai subjek diraikan pada majlis itu.
Selain itu, Anugerah Khas turut diberikan kepada 11 pelajar yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelbagai subjek antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Kimia.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Felda, Khazanah kerjasama tubuh Sekolah Amanah
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yTKNKK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment