Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Menteri Kabinet ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di negeri ini.
 
Ahli Parlimen Pantai Timur Sabah itu ditahan SPRM di pejabat Suruhanjaya itu sekitar jam 9 malam tadi.

Ahli politik berusia 60 tahun itu hadir ke pejabat SPRM kira-kira pukul 5.20 petang dengan ditemani peguamnya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan itu.

Sumber SPRM ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi mendedahkan yang pihak beliau akan memanggil ahli politik terbabit melalui peguamnya sebelum mendapat persetujuan untuk hadir ke pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah petang tadi.

Individu itu dijangka akan ditahan reman esok (Jumaat).

BACA: Skandal dana KKLW: Giliran bekas Menteri Kabinet beri keterangan

BACA: Seleweng dana kementerian: Pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan SPRM

BACA: Lagi ahli politik Sabah ditahan SPRM

BACA: Seleweng dana KKLW: Menantu lelaki ditahan SPRM

BACA: Adik pemimpin politik pembangkang Sabah ditahan SPRM

"Kita akan rakam percakapan dan menahan beliau bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penyelewengan dana KKLW di Sabah," kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, sumber menambah, seorang jurutera awam berusia 47 tahun turut ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada pukul 2.45 petang tadi. Individu itu difahamkan ditahan untuk membantu siasatan penyelewengan dana KKLW.

Sejak pembongkaran SPRM berhubung kes penyelewengan dana KKLW itu, sembilan individu ditahan termasuk dua daripadanya adik kepada pemimpin terbabit.

Hari ini, mahkamah membenarkan ikat jamin dibuat ke atas salah seorang adik pemimpin berkenaan dan seorang ahli perniagaan.

Hanya tinggal seorang lagi adik pemimpin itu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar Datuk yang masih ditahan SPRM sehingga Sabtu ini.

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya telah menyita kira-kira RM180 juta dalam akaun bank bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek luar bandar di Sabah.

Dzulkifli berkata, jumlah RM180 juta itu dipercayai sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diseleweng dalam kementerian.

Dana awam itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan Pusat melalui KKLW berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015.

Sumber Astro AWANI juga mendedahkan VIP tersebut telah menaiki sebuah pesawat dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu sekitar jam 12.55 tengah hari tadi.



Sumber Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet ditahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kZnAR6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.