Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong Wei 'bungkus' lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong Wei 'bungkus' lagi

KUALA LUMPUR: Cabaran jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei di Terbuka Denmark berakhir selepas tewas kepada pemain India, HS Prannoy pada aksi pusingan kedua, sebentar tadi.

Pilihan ketujuh kejohanan itu bergelut untuk beraksi pada tahap sebenarnya apabila tewas 17-21 di set pertama sebelum bangkit memenangi set kedua 21-11 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Walaupun berjaya bangkit selepas beberapa kali ketinggalan di set penentuan, namun nasib tidak menyebelahi pemenang pingat perak tiga kali Olimpik itu apabila terpaksa akur dengan kekalahan 19-21.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei gagal memburu hadiah hari jadi buat dirinya sempena ulang tahun ke-35 yang akan disambut, Sabtu ini.

Kini, hanya tinggal beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang berjaya mara ke suku akhir selepas melakar kejutan menewaskan pilihan keenam dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping 21-14, 16-21, 21-18.

Kemenangan itu membuktikan corak permainan Soon Huat-Shevon semakin matang dalam usaha meletakkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Beregu ke-14 dunia itu akan membuat perhitungan dengan Niclas Nohr-Sara Thygesen dari Denmark, hari ini.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao 18-21, 17-21.



Sumber Chong Wei 'bungkus' lagi

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2inOq4P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.