Hi! Welcome Back and Stay Tune! METMalaysia nafi Taufan Lan bakal melanda Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

METMalaysia nafi Taufan Lan bakal melanda Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan dakwaan Taufan Lan akan melanda Sabah seperti yang tular di media sosial. 

Ketua Pengarah METMalaysia, Alui Bahari berkata orang ramai diingatkan untuk tidak percaya khabar angin itu sebaliknya mendapatkan maklumat sahih daripada pihak METMalaysia.

“Untuk makluman, Taufan Lan yang pada ketika ini berada di timur Filipina dijangka bergerak ke arah utara yang semakin menjauhi rantau Malaysia menuju ke Jepun.

“Kesan sampingan taufan ini telah menyebabkan cuaca lembap beserta angin kencang di barat dan utara Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan mulai 17 Oktober hingga 21 Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang METMalaysia, www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook: Malaysiamet, Twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1300221638.



Sumber METMalaysia nafi Taufan Lan bakal melanda Sabah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zBaug9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.