Malaysia Gesa Anggota D-8 Bantu Pelarian Rohingya
ISTANBUL – Malaysia menggesa Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya membantu etnik Rohingya di Wilayah Rakhine yang menderita kerana tidak mendapat keadilan.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata negara anggota D-8 perlu membantu etnik Rohingya dengan cara mana yang boleh untuk meringankan keadaan sosioekonomi mereka yang menyedihkan.
“Suruhanjaya Penasihat Wilayah Rakhine sudah mengeluarkan Laporan Terakhir yang mengenal pasti aspek pembangunan sosial dan ekonomi dalam krisis Rohingya. Kami percaya pelaksanaan syor yang dikemukakan dalam laporan itu akan memperbaiki keadaan sosioekonomi mereka.
Bagaimanapun, pembangunan sosioekonomi hanya boleh dilaksanakan jika ada kestabilan politik kerana ia saling berkait, yang kemudian itu adalah prasyarat untuk pembangunan sosioekonomi,” katanya semasa menyampaikan ucapannya pada Sidang Ke-17 Majlis Menteri-Menteri D-8 di sini hari ini.
Beliau berkata satu kaedah segera untuk membantu etnik Rohingya adalah dengan Kerajaan Myanmar memberikan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan tiba kepada mereka yang memerlukan.
‘Dalam hal ini, Malaysia memuji Bangladesh kerana memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya,” katanya.
Ditubuhkan pada 15 Jun, 1997, Kumpulan D-8 adalah sebuah organisasi untuk kerjasama pembangunan terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Turki dan Malaysia.
Semenjak keganasan meletus 25 Ogos lepas, lebih daripada 400,000 etnik Rohingya meninggalkan kediaman mereka dan menyeberang sempadan ke Bangladesh.
Malaysia juga menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang kini berlindung di kem pelarian di Bangladesh.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan tiba di sini hari ini untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kesembilan D-8.
Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa Sidang Kemuncak D-8 esok.
Ahmad Zahid juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin-pemimpin di luar sidang kemuncak itu, bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan bersama.
Bertemakan “Memperkembangkan Peluang Menerusi Kerjasama”, sidang kemuncak kali ini jatuh pada ulang tahun ke-20, D-8 semenjak penubuhannya pada 1997. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRNFmp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment