Hi! Welcome Back and Stay Tune! Strategi Pengkomputeran Awan sebahagian agenda nasional - PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Strategi Pengkomputeran Awan sebahagian agenda nasional - PM Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan Strategi Pengkomputeran Awan Pertama (Cloud First Strategy) dalam agenda nasiona, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Katanya, strategi itu merupakan inisiatif khusus buat belia, golongan B40 dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), termasuk usahawan digital.

Jelas beliau, strategi itu akan mula diaplikasi dalam sektor kerajaan dengan menambahbaik penyampaian kepada rakyat.

"Pelaksanaan pengkomputeran awan (cloud) membolehkan kerajaan untuk mempertingkatkan penyampaian sektor awam kepada rakyat dengan lebih inovatif tanpa perbelanjaan yang tinggi, seperti membangunkan infrastruktur IT seperti pengkalan data, server dan pengstoran.

"Ini membolehkan kerajaan membantu sektor swasta dalam menggunapakai pengkomputeran awan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Digital Malaysia (ICM) kali ke-29 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau pada masa sama menggesa pemain industri seperti perkhidmatan perbankan dan kewangan, kesihatan dan telekomunikasi untuk memacu pengkomputeran awan.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan membangunkan Rangka Kerja Kepintaran Buatan (AI) Kebangsaan, yang akan diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan ini adalah peluasan kepada Rangka Kerja Analitik Big Data (BDA) Kebangsaan.

“AI akan menjadi pencetus perubahan yang dapat menambah baik lagi kehidupan rakyat Malaysia,” tambahnya.

Dalam peringkat industri yang lebih besar, kerajaan katanya, akan mewujudkan Program Pemecutan Transformasi Digital (D-TAP) untuk syarikat besar dan pertengahan yang akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 63.4 peratus.

"Bagi mempercepatkan transformasi, kita akan melantik Makmal Transformasi Digital untuk menyediakan khidmat rundingan dan membantu dalam prototaip produk dan perkhidmatan digital baharu.

"Makmal ini kemudian akan memadankan syarikat yang mengambil bahagian dan syarikat digital," katanya.



Sumber Strategi Pengkomputeran Awan sebahagian agenda nasional - PM Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kZnzg0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.