Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Jangan Tangguh Nikah Kerana Takut Tak Mampu Nak Sara Isteri’ – Perkongsian Dari Bekas Pelajar Medicine - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Jangan Tangguh Nikah Kerana Takut Tak Mampu Nak Sara Isteri’ – Perkongsian Dari Bekas Pelajar Medicine


Ramai remaja yang teringin hendak berkahwin diusia muda. Tidak salah sebenarnya jika sudah anda nia dan sudah bersedia, namun ramai yang takut hendak berkahwin kerana fikirkan masa depan yang bakal ditempuhi kerana berkahwin diusia yang muda banyak cubaan dan dugaannya.

Antara sebab mereka takut hendak berkahwin ialah, takut jika nanti tidak dapat sara isteri sebab masih terlalu muda dan mungkin juga baru saja hendak mula bekerja. Apatah lagi jika rezeki anak pula awal tiba, makin huru hara jadinya. Dan disebabkan itu, ramai remaja membuat keputusan untuk menangguh niat untuk berkahwin sehingga benar-benar stabil dan akhirnya membujang sampai ke tua.

DrSyahrul Fitri merupakan seorang graduan PhD in Medicine dan 2 ijazah sarjana muda dari Australia. Beliau ingin berkongsi pengalaman beliau yang telah bernikah semasa masih belajar. Selain daripada itu juga beliau seorang yang minat menulis dan telah penerbitkan karya pertama beliau bertajuk “Isteri Untuk Dia”.

Jangan takut untuk hidup susah dengan pasangan

Kami nikah masa umur 22 tahun. Ramai orang kata, terlalu awal dan terlalu muda. Ada jugalah yang mempertikaikan kematangan saya untuk menjadi seorang suami pada usia sebegitu. Ada jugalah yang mempersoalkan kesediaan si isteri untuk menghadapi susah senang bersama saya yang masih berstatus “pelajar” pada masa itu.

Life as students. To add, life as married students. Bergantung hidup pada nilai scholarship ‘bujang’ walaupun beristeri menjadikan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memanglah susah. Segala benda tak cukup sempurna.

Selepas nikah di Kelantan (Malaysia), kami terbang memulakan hidup di Adelaide (Australia) untuk saya habiskan pengajian degree berbaki satu tahun lagi (Honours year).


Pernah terjadi episod berjimat-cermat sebab scholarship hanya tinggal AUD $100 untuk 20 hari seterusnya selepas bayar semua bil keperluan, hantar sedikit untuk ibu bapa di kampung, isytirakat (sedekah/infaq kepada amal dakwah dan tarbiyyah) dan pelbagai sehingga si suami terpaksa ponteng universiti untuk kerja part-time pizza delivery, walaupun esoknya ada oral presentation dan si isteri mengambil upah menjaga anak-anak kawan walaupun sedang kurang sihat.


Ia cukup mencabar diri dan menjadi warna-warni kehidupan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

Cubalah bayangkan bidadari saya ini yang disahkan mengandung 2 bulan (anak pertama) terpaksa pulang seorang diri ke Malaysia pada 21 November 2010 supaya kesihatannya dan kandungan dapat dijaga lebih baik bersama keluarga di kampung kerana sukarnya kehidupan kami di Australia pada masa itu.

Tidaklah hidup melarat sampai nak makan pun tiada duit. Tetapi wujud kesukaran yang menyebabkan ‘berpisah buat sementara waktu’ adalah lebih baik pada masa itu. Makan nasi berlauk ayam dan sayur, bolehlah.

Tetapi nak beli buah, vitamin supplements, itu ini tak mampulah sebab di sini mahal-mahal semuanya. Rasa malu, sedih, semua ada. Rasa macam suami tak guna pun ada. Tetapi saya pesan kepada isteri dan diri sendiri, “Fikir positif! Allah swt kan ada sokmo!” dan dalam kekalutan itu, we moved on.

For the record, masa hantar isteri ke airport, saya tak menangis pun, of course!Namun teringatkan air mata si isteri di departure hall Adelaide International Airport sebentar tadi itu ‘paksa’ saya untuk mengeluarkan air mata dalam perjalanan ke rumah.

Pada tarikh ini (21 November 2010), isteri saya punya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan saya sendiri punya dua sijil Ijazah Sarjana Muda (yang dicapai dalam masa 4 tahun pengajian), satu sijil nikah dan satu sijil kelahiran anak, dan juga berstatus pelajar PhD tajaan penuh biasiswa.

Esok paginya 22 November 2010 lega apabila isteri telah selamat sampai di Kelantan dan pada pagi yang sama saya menduduki ujian viva untuk Honours project saya.

Pagi sebagai seorang ‘bujang semula’ tidak sempatlah nak breakfast kerana isteri tiada di sisi untuk sediakan. Saya beritahu isteri, “Jangan risau. Abang OK and all ready for the big day today!” Hakikatnya, dengan perut kosong itulah naik bas seorang diri ke universiti, lakukan final oral presentation diikuti beberapa jam sesi viva.

Jam 2 petang settle semua, badan menggigil kelaparan. Barulah terkejar-kejar cari sesuatu untuk isi perut sehinggakan saya habiskan minum satu gelas hot chocolate drink walaupun sebenarnya saya tak makan/minum coklat. First time! Lapar punya pasal.

Pada jam 4.30 petang pihak universiti melalui supervisor saya yang datang sendiri berjumpa saya memberitahu keputusan saya mendapat First Class Honours dengan CGPA 7.00/7.00. Allahu Allah. Sujud syukurlah, of coursedan cepat-cepat beritahu isteri dan keluarga di kampung.

Mesti pelik, kan, kenapa saya kongsi sedikit kisah saya ini di sini? Ada sebabnya.

Hari ini adalah hari ke-dua ribu lima puluh kami bergelar suami isteri. Ya, anda tidak silap membacanya. Hari ini hari ke-2050 dan secara jujurnya saya masihstruggle dengan kehidupan.

Ya, saya punya pelajaran namun gajinya belum stabil, belum ada kereta sendiri, rumah pun tiada apatah lagi aset-aset lain yang sedap dipandang.

Nak beli baju sehelai pun saya buat kira-kira sampai penuh dua helai kertas saiz A4. Huhu. Dan si isteri yang bersama saya dalam setiap kesukaran saya itu sedang bersama saya dalam kesukaran saya pada hari ini. Subhanallah, syukur alhamdulillah.

Sepanjang kami menjadi suami dan isteri, saya tidak pernah berikan rumah yang besar, kereta yang besar, duit yang besar kepada isteri. Tetapi saya berikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kejujuran yang besar kepada isteri.

Bidadari saya ini juga memberikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kasih sayang yang besar kepada saya sebagai suaminya. Sebab inilah kenangan-kenangan sebegini mengusik jiwa saya.

Bidadari saya ini pernah berseloroh, “Bilalah nak merasa hidup senang seperti orang lain. Nak juga merasa itu ini (apabila melihatkan rakan-rakan, ikhwah akhawat dan kenalan-kenalan yang berjaya-berjaya).”

Dengan rendah diri saya cetuskan ikhlas daripada hati, “Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang lebih banyak ingat Allah swt apabila mengalami kesusahan.

Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang dapat rasa kasih sayang dan cinta yang sangat kuat lahir daripada Sayang apabila Sayang bersama Abang dan menjaga Abang.

Mungkin Allah swt belum senangkan kehidupan kita kerana Allah swt tak mahu Abang lupa Allah swt dan lupa isteri, lupa ibu bapa, lupa keluarga, lupa anak-anak. Biarlah sukar sebegini dahulu asalkan ada kesayangan-kesayangan semua di sisi. Esok-esok apabila kita sudah sedia, Allah swt pasti senangkan kehidupan kita.”

Selalunya kalau bidadari saya ini membalas dengan air mata, saya biarkan sahaja. Saya menganggap setiap titis air matanya sebagai jawapan janji dia sanggup menemani saya. (Sebenarnya tak reti nak pujuk. Eh? Heheh).

Kenapa saya menulis coretan ini? Ini sebab utamanya. Saya nak pesan kepada pasangan suami isteri atau bakal suami isteri yang membaca celoteh ini, jangan takut hendak sara anak orang. Tetapi takutlah dengan dosa-dosa ber-couple, ber-dating walaupun sekadar dating secara online dan tidak berjumpa fizikal. Takutlah untuk buat dosa. Takut untuk nikah buat apa?

Bersusah-payah sebagai suami isteri menjanjikan kebahagiaan yang tidak dapat dicapai dengan cara lain. Inilah warna-warni dan resepi kejayaan kita yang akan kita kenang pada hari esok.

Nampak senang ke untuk mendapat semua ini? TIDAK. Hakikatnya, jalannya SUSAH. Kisah tak tidur malam, kisah ikat perut, kisah itu kisah ini. Tetapi, jangan takut untuk hidup susah.

Banyak kisahnya sampai boleh dibukukan jika ditulis dengan elok. Terasa mahu kongsi satu per satu cerita kerana mahu kongsi manfaatnya. Tetapi hati selalu risau takut-takut tidak dibaca orang.

Sebenarnya jika niat sudah jelas dan juga jujur ingin menghalalkan pasangan, teruskan saja niat itu, jangan ditangguh-tangguh. Mungkin sudah sampai waktunya anda hidup berumahtangga. Setiap orang mempunyai dugaan dan cubaan hidup, lain orang lain pula ujiannya.

Yang penting jangan sesekali menyesali atas keputusan yang telah dibuat, teruskan kehidupan dan mengadu lah kepada Allah s.w.t. Jangan mengeluh dan redah dengan ketentuan Nya.

Sumber: Baituljannah.com


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xS2KsV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.