Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Kelab Bola Sepak Manchester United FC Menjadi Bisnes Yang Bernilai 3.7 Billion Dolar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Kelab Bola Sepak Manchester United FC Menjadi Bisnes Yang Bernilai 3.7 Billion Dolar

Kelab Bola Sepak Manchester United FC bukanlah kelab bola sepak yang biasa sebaliknya ia merupakan kelab yang paling berjaya dalam sukan bola sepak dunia dengan kekuatan penyokong yang luar biasa.

Berikut adalah kisah kejayaan Kelab Bola Sepak MU yang menjadikannya bukan sekadar arena penyatuan pemain dan penyokong sebaliknya menjadi antara syarikat terkenal di dunia.

#1-Sejarah Penubuhan Kelab Bola Sepak Manchester United FC.

Image result for manchester united 1878

Pada asalnya, ia adalah sebuah kelab yang bernama Newton Helath LYR FC yang tertubuh pada tahun 1878.

Ia merupakan sebahagian pasukan gerak kerja Lancashire dan Yorkshire Railway dan beroperasi di depot kereta api.

Kelab Newton Heath FC bagaimanapun tidak menyertai Liga Bola Sepak yang ada dan mereka hampir muflis.

J.H Davies, Pengarah Urusan Manchester Breweries adalah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan Newton Heath FC yang hampir muflis pada tahun 1902.

Beliau menukarkan nama Newton Heath FC kepada Manchester United yang dicadangkan oleh seorang pendatang Itali, Louis Rocca.

Warna bendera asal dengan jalur hijau dan emas juga telah ditukar kepada warna merah dan putih. Bermula pada tahun yang sama, MU telah menyertai Liga Bola Sepak.

#2- Kelab Bola Sepak Manchester United FC Mula Meraih Populariti.

Related image

MU memenangi Kejohanan Liga Bola Sepak pada tahun 1907/08 dan mereka menjulang Piala Fa pada tahun yang seterusnya.

Mereka mula beroperasi di Old Trafford pada tahun 1910. Operasi rumah kelab ini dipindahkan ke padang di Maine Road dengan kebenaran Kelab Manchester City setelah rumah kelab mereka di lokasi lama telah dibom semasa Perang Dunia Kedua.

Mereka berpindah kembali ke lokasi lama setelah baik pulih dilakukan pada tahun 1949.

Pada ketika itu, pengurusan MU telah diambil alih oleh Matt Bussby, bekas pemain Manchester City dan Liverpool.

#3- Manchester United FC Dengan Pengurusan Moden Baharu.

Image result for matt busby

Busby merupakan pengurus pasukan bola pertama yang memilih pemainnya sendiri dan turut melatih mereka.

Matt Busby bersama penolong jurulatihnya telah melatih pasukan mereka sebagai sebuah akademi dan berjaya memenangi Liga pada tahun 1956.

Kesemua mereka adalah pemain remaja dan kemenangan itu amat membanggakan. Mereka memenanginya sekali lagi pada musim yang berikutnya hingga layak ke pusingan akhir FA.

MU merekodkan sejarah yang tersendiri apabila menjadi pasukan Inggeris yang pertama bermain di  dalam piala Eropah.

#4-Tragedi Besar Menimpa Manchester United FC.

Related image

Selepas menentang pasukan Red Star Belgrade dalam perlawanan Piala Eropah, pesawat yang mereka naiki telah terhempas di Munich.

Tragedi ini menyebabkan 8 orang ahli pasukan Manchester United FC telah meninggal dunia termasuklah pemain yang disifatkan oleh Busby sebagai pemain terhandal dunia iaitu Duncan Edwards.

Tragedi ini memberi tamparan yang besar kepada beliau sebagai pengurus pasukan dan mendukacitakan kelab-kelab bola sepak lain dan penyokong mereka di Eropah.

Tidak mahu membiarkan masa depan bola sepak Eropah terus suram, pembantu jurulatihnya Jimmy Murphy telah menubuhkan pasukan sementara Manchester United FC yang akhirnya telah berjaya ke perlawanan akhir Piala FA musim.

Busby kemudiannya bangkit daripada kekecewaannya dan membantu membina semula struktur pasukan itu sehingga mereka berjaya menjadi sebuah kelab bola sepak Inggeris pertama yang berjaya di Eropah.

Banyak pemain berbakat dunia ketika itu berasal dari Manchester United FC. Pemain-pemain dalam kelab ini meraih populariti seperti selebriti dan menjadi ikutan ramai peminat dalam dan luar Eropah.

Matt Busby bersara sebagai pengurus pada tahun 1969. Tempat beliau telah digantikan oleh beberapa orang pengurus lain selepasnya.

Pada awal ketiadaan Busby, keadaan agak kucar-kacir namun setelah beberapa ketika, keadaan semakin pulih dan beberapa aspek dalam dan luar kelab telah bertambah bagus.

#5- Manchester United FC Di Bawah Teraju Alex Ferguson.

Related image

Bermula pada tahun 1986, Alex Ferguson telah menjadi pengurus pasukan baharu MU. Dikatakan, era moden kelab ini bermula dengan kepimpinan beliau.

Sering mencetus kontroversi dan terkenal dengan rawatan ‘pengering rambut’ yang digeruni oleh pemain pasukannya, Ferguson berjaya menjadikan kelab itu sangat terkenal bermula pada tahun 1990.

Beliau berjaya mendapatkan pelbagai jenis kontrak seperti perlesenan, komersial televisyen, Bursa Saham London dan banyak lagi pada tahun 1991 dengan nilai puluhan juta ringgit.

Sehingga tahun 2007, kelab MU telah mencatatkan sejarah dengan memenangi Piala Fa sebanyak 5 kali, Piala Liga 2 kali dan Piala FA 5 kali.

Status MU telah bertukar kepada syarikat dan terbuka kepada milikan orang ramai. Hampir sahaja seorang hartawan media dari Australia mahu membida Mu menjadi miliknya namun dihalang oleh kerajaan British.

#6-MU Dahulu,Kini Dan Selamanya.

Related image

Dengan kehadiran pemain hebat seperti David Beckham, kekuatan dan populariti MU bertambah mantap dan dianggarkan nilai kelab itu kini lebih daripada I billion dolar.

Kelab itu dimiliki oleh Malcolm Glazer, hartawan daripada Beverly Hills yang turut membeli banyak syarikat dan kelab bola sepak lain.

Beliau telah mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham London sekaligus memiliki syarikat dengan pemilikan saham sebanyak 75%.

Tindakan ini mencetuskan banyak rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan banyak peristiwa telah berlak sebagai tanda bantahan dan protes sehinggakan mereka menubuhkan kelab penyokong yang lain.

Namun, MU masih menjadi ikutan ramai dari seluruh dunia dan merupakan antara jenama syarikat yang berpengaruh di dunia sehingga kini dan reputasinya sukar untuk ditandingi pada masa hadapan.



Sumber Bagaimana Kelab Bola Sepak Manchester United FC Menjadi Bisnes Yang Bernilai 3.7 Billion Dolar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUkap0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.