Duterte sahkan Mahmud terbunuh
MARAWI: Presiden Filipina Rodrigo Duterte hari ini mengesahkan, militan Malaysia yang disebut-sebut pemimpin baharu Daesh di Asia Tenggara, Mahmud Ahmad, terbunuh.
Mahmud digambarkan tentera Filipina sebagai 'sasaran amat bernilai' yang membiayai serangan militan pro-Daesh di bandar selatan di sini Mei lalu dan menghubungkan pemberontak tempatan dengan militan di Asia Barat.
Duterte berkata, Mahmud adalah pemimpin militan terbaharu terbunuh dalam pertempuran hampir lima bulan di sini susulan kematian Isnilon Hapilon, ketua Daesh di Asia Tenggara dan sekutunya Omarkhayam Maute, Isnin lalu.
"Kini, satu lagi yang mereka gelar 'Doc', ada tiga kesemuanya: Isnilon, Omar dan 'Doc' itu (Mahmud), mayatnya dibawa tengah hari ini, sekali gus melengkapkan kisah mereka," kata Duterte dalam satu sidang media di Manila dan disambut tepukan daripada hadirin.
Beberapa jam sebelum sidang media Duterte, Ketua Turus Kakitangan Tentera, Jeneral Eduardo Ano, berkata pasukan bersenjata 'amat yakin' Mahmud antara 13 militan terbunuh dalam pertempuran malam semalam, memetik keterangan tebusan yang dibebaskan.
Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Restituto Padilla memberitahu AFP, satu ujian DNA akan dijalankan ke atas mayat didakwa adalah Mahmud.
Lelaki bersenjata pro-Daesh mengepung beberapa bahagian di bandar ini sejak 23 Mei lalu, mencetuskan pertempuran hebat yang kini mengorbankan lebih 1,000 orang serta menukar pusat bandar di sini kepada runtuhan.
Kelmarin, Duterte mengisytiharkan Marawi 'bebas daripada pengaruh pengganas' namun tentera berkata, pertempuran masih diteruskan untuk memburu sekurang-kurangnya baki 20 militan.
Susulan kematian Isnilon, pakar keganasan, Ahmad Kumar Ramakrishna dari Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura berkata, jika Mahmud terselamat, beliau kemungkinan mengambil alih kepimpinan militan dikaitkan Daesh di selatan Filipina.
"Beliau bertanggungjawab menghubungkan secara langsung Isnilon kepada kumpulan lebih besar Daesh. Mahmud yang menyediakan dana diperlukan untuk kepungan Marawi," kata Padilla kelmarin.
Institut Analisis Dasar Konflik berpusat di Jakarta menggambarkan Mahmud sebagai bekas pensyarah universiti yang duduk 'dalam lingkungan struktur arahan Marawi.'
"Mahmud mengawal pengambilan militan serta pembiayaan dan menjadi orang hubungan untuk mana-mana orang asing mahu menyertai pakatan pro-Daesh di Filipina," kata satu laporan Julai lalu. - AFP
Sumber Duterte sahkan Mahmud terbunuh
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ilCAb9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment