Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Pulau Pinang diminta perjelas bangunan warisan dijadikan hotel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Pulau Pinang diminta perjelas bangunan warisan dijadikan hotel

PULAU PINANG: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini berhubung tiga premis bangunan di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town di sini yang dikatakan bakal dimajukan sebagai sebuah hotel.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo berkata tiga premis bangunan berkenaan yang terletak di Church Street dan King Street itu dahulunya merupakan bangunan kedai runcit dan kediaman yang mempunyai nilai warisan Pulau Pinang.

"Kami menerima aduan bahawa bangunan ini akan dibangunkan menjadi hotel oleh sebuah syarikat daripada Singapura yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menukar guna bangunan daripada kediaman kepada komersial dan juga pindaan tambahan," katanya pada sidang media hari ini.

Loo berkata sekiranya bangunan berkenaan dimajukan sebagai hotel, ia tidak mengikut peraturan-peraturan di bawah Pelan Kawasan Khas (SAP) sepertimana yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri tahun lepas.

"Mengikut SAP berkenaan, hotel baharu hanya boleh dibangunkan di tiga kawasan sahaja (di kawasan Tapak Warisan George Town) iaitu zon pesisir, zon perniagaan serta zon pelancongan dan santai. Jadi bangunan ini bukan berada dalam ketiga-tiga zon berkenaan," katanya.

Justeru Loo turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang telah dibuat.

"Jikalau kerajaan negeri meluluskan pembinaan hotel di sini, ini menunjukkan kerajaan DAP menipu rakyat negeri ini menerusi penjagaan nilai warisan di Pulau Pinang," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Kerajaan Pulau Pinang diminta perjelas bangunan warisan dijadikan hotel

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTas68

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.