Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shahir tarik diri AF Megastar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shahir tarik diri AF Megastar

PENYANYI Shahir Zawawi menyatakan hasrat mahu menarik diri daripada pertandingan akhir AF Megastar yang akan berlangsung Ahad ini.

Berita mengejutkan itu dikongsinya menerusi laman sosial Instagram peribadi sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, Shahir memilih menarik diri selepas menganggap kontroversi yang membabitkan dirinya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi sebagai satu sabotaj.

Dalam kenyataan sama, Shahir menegaskan ada pihak cuba menutup periuk nasinya sehingga dia tergerak hati untuk menarik diri daripada program itu.

“Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar,” tulisnya.

Terdahulu, gambar Shahir bersama Mimi tular di media sosial sehingga penyanyi terbabit menjelaskan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu sekadar peminatnya.

Mona pula mendakwa, Shahir cuba menyembunyikan kebenaran apabila tidak mengakui mereka berkawan sejak sebulan lalu.

Pada pentas akhir AF Megastar, Shahir akan berentap dengan empat lagi finalis iaitu Idayu, Marsha, Bob dan Syamel.

The post Shahir tarik diri AF Megastar appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzGIs8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.