Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oh Nana dendangan Siti tular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oh Nana dendangan Siti tular

VIDEO penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu kanak-kanak Oh Nana bagi program Didi & Friends mulai tular di media sosial sejak dimuat naik pada 14 Oktober lalu.

Menerusi video berdurasi 13 saat yang memaparkan Siti menyanyi sambil duduk itu mendapat pujian peminat yang menyifatkan nyanyiannya tetap hebat dan merdu.

Siti berkata, dia tidak boleh banyak bergerak dan berdiri lama sejak disahkan hamil empat bulan.

“Keadaan saya ini difahami oleh pihak pengurusan dan produksi Didi & Friends. Saya tidak ada masalah ke studio kerana ada lif dan menyanyi juga secara duduk. Cuma, saya memang tidak boleh banyak bergerak, berdiri lama dan sentiasa lapar dalam tempoh dua jam.

“Lagu ini juga mudah. Penerbit lagu memberikan kebebasan dan keselesaan kepada saya ketika menyanyi. Sepanjang proses rakaman berlangsung, semua mengambil berat keadaan saya. Alhamdulillah saya dapat melunaskan rakaman ini walaupun jadual rakaman sepatutnya lebih awal,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Siti, dia berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak itu apatah lagi dia merancang untuk menghasilkan album lagu kanak-kanak.

“Saya gembira dengan kerjasama ini kerana apa yang saya lakukan untuk lagu Didi & Friends tidak jauh daripada perancangan Siti Nurhaliza Productions (SNP) untuk menerbitkan album lagu kanak-kanak nyanyian saya.

“Kiranya, ini adalah permulaan dan saya berterima kasih kepada pihak produksi yang memahami keadaan diri ini,” katanya.

Dalam masa sama, Siti turut menerima tiga khabar gembira dalam tempoh seminggu selepas dia mengumumkan berita kehamilan.

Siti dinobatkan Duo Terbaik menerusi lagu Dirgahayu duet dengan Faizal Tahir pada Anugerah Planet Muzik 2014 di Singapura, Anugerah Theme Song Sinetron Tersilet menerusi lagu Seluruh Cinta duet bersama Cakra Khan pada Anugerah Silet 2017 di Jakarta dan Celebrity Entrepreneur Of The Year dari Yayasan Usahawan Malaysia.

“Alhamdulillah, dalam masa seminggu ini, murah rezeki saya. Kemenangan di APM menerusi lagu duet dengan Faizal Tahir memberikan khabar gembira buat saya. Apatah lagi sepanjang penganjuran APM, ini adalah tahun kedua saya tidak hadir kerana komitmen kerja pada tahun lalu dan juga disebabkan kehamilan tahun ini.

“Begitu juga dengan kemenangan lagu duet dengan Cakra Khan di Indonesia. Alhamdulillah, kedua-dua anugerah ini adalah kerjasama dengan artis yang berbeza. Kejayaan saya terpilih sebagai Celebrity Entrepreneur Of The Year dari Yayasan Usahawan Malaysia juga adalah pemangkin semangat untuk saya terus memperjuangkan perniagaan saya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya sentiasa mahu bekerja keras, bersemangat dan menetapkan hala tuju. Malah memberikan yang terbaik adalah falsafah saya. Alhamdulillah, ini juga rezeki bayi dalam kandungan saya,” katanya.

The post Oh Nana dendangan Siti tular appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x7szAR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.