6 remaja lari daripada polis
PASIR GUDANG: Enam remaja bertindak memecut kereta dipandu mereka bagi mengelak ditahan polis sehingga merempuh sebuah motosikal sebelum terbabas, dalam di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berpunca gara-gara seorang daripada kumpulan remaja, yang juga pemandu PROTON Wira itu tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata kejadian berlaku pada jam 3.15 petang, ketika dua anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) sedang melakukan rondaan di kawasan Pasir Gudang
Beliau berkata, anggota ternampak sebuah kereta bercermin gelap dan dalam keadaan yang mencurigakan ketika melalui Jalan Besar Taman Cendana, di sini.
Gambar tular di media sosial menyiarkan enam remaja ditahan polis kerana bertindak memecut kereta dipandu mereka bagi mengelak ditahan polis sehingga merempuh sebuah motosikal sebelum terbabas dalam kejadian di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat di Pasir Gudang. - Foto ihsan Pembaca
Katanya, polis menghampiri kereta itu dan mengarahkan supaya berhenti, namun pemandunya bertindak memecut.
"Setibanya di Jalan Gangsa 1, kereta itu melanggar sebuah motosikal, tetapi mereka tetap tidak berhenti.
"Apabila melalui Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat, kereta itu terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan awal, polis mendapati kereta dinaiki oleh enam remaja lelaki berusia antara 13 tahun dan 18 tahun.
"Mereka ditahan dan hasil siasatan awal polis mendapati kejadian ini berpunca daripada pemandu kereta berkenaan yang tidak mempunyai lesen memandu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jokhiri berkata, pihaknya meneruskan siasatan bagi mengenal pasti jika terdapat punca lain yang masih disembunyikan semua suspek sehingga mereka cuba melarikan diri daripada polis.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dengan melulu dan berbahaya).
"Polis Seri Alam mengesahkan kejadian ini, yang turut viral di media sosial," katanya.
Sumber 6 remaja lari daripada polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yKwW6v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment