Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adun seru kerajaan DAP henti bangun kawasan bukit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adun seru kerajaan DAP henti bangun kawasan bukit

Foto projek perumahan 50 tingkat di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dirakam pada 21 Oktober 2017, dua hari selepas kawasan cerun runtuh. ― Foto KE OoiFoto projek perumahan 50 tingkat di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dirakam pada 21 Oktober 2017, dua hari selepas kawasan cerun runtuh. ― Foto KE OoiGEORGE TOWN, 25 Okt — Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP menyeru kerajaan Pulau Pinang supaya menghentikan semua projek pembangunan di kawasan bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 orang Sabtu lepas.

ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) perlu berhenti ‘mencurahkan tenaga untuk memesong, menafikan dan mempertahankan’ selepas kejadian tersebut berlaku.

“Sebaliknya, mereka perlu meningkatkan usaha untuk menghentikan projek pembangunan di kawasan bukit dan mengambil serius maklum balas daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pembangunan di pulau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Seramai 11 pekerja projek perumahan mampu milik tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu semasa mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit.

Teh juga menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mengarahkan pemaju Granito@Permai untuk membersihkan lebihan tanah di tapak pembinaan itu bagi memastikan tiada lagi mayat yang tidak dijumpai.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi memastikan tiada lagi mangsa tertanam dalam tanah runtuh yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia dan 10 pekerja asing itu.

“Walaupun terdapat pengiraan kepada 14 nama yang dikemukakan oleh pemaju kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan semua keraguan dengan membersihkan kawasan kejadian,” katanya.

Teh juga mendakwa beliau diberitahu pada 21 Oktober lepas bahawa 20 orang disyaki tertimbus di bawah serpihan di tapak pembinaan itu.

Beliau meminta kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pemaju projek, Taman Sri Bunga Sdn Bhd (BSG) bagi membantu pembeli projek perumahan mampu milik itu.

Katanya pembeli kini merasa ragu-ragu kerana tidak tahu sama ada meneruskan pinjaman mereka atau tidak.

“Saya harap BSG dan kerajaan negeri dapat memberikan penyelesaian yang baik untuk mereka yang telah membeli unit rumah di Granito@Permai,” katanya. — Bernama



Sumber Adun seru kerajaan DAP henti bangun kawasan bukit

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iBcuRv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.