Lebih Mencabar Apabila Saya Sebaya Anak Mereka Seolah Sukar Diterima
Pernah menimba pengalaman sebagai pelakon, Bkay Nair lebih memilih bisnes dalam bidang penjagaan imej dan pengurusan korporat sebagai kerjaya. (Gambar: Bkay Nair - Facebook)
Begitu juga, seorang peguam bertukar karier sebagai model sebelum menceburi bidang lakonan dan kemudian menjadi perunding imej bukan perkara pelik yang berlaku pada personaliti, Bkay Nair.
Bekas graduan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini mengakui cabaran selama tujuh tahun dalam bidang perundingan imej termasuk mengajar dari aspek pengurusan masa, pemikiran kritikal dan komunikasi banyak mencabar dirinya untuk lebih memahami sifat seseorang individu dan selok belok perniagaan yang dijalankannya.
'FROM ZERO TO HERO'
Pernah mempraktiskan diri sebagai peguam selama tiga tahun, bekas pelakon ini juga tidak gentar berhadapan dengan ramai peserta yang hadir menyertai kursus penjagaan imej dan personaliti yang dikendalikannya selepas menubuhkan syarikat sendiri, Bkay Nair Resources pada tahun 2010.
"Pada awalnya memang bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain untuk menjadi peserta. Memang ramai perunding imej di luar sana yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan.
"Namun, teorinya mudah. Seperti kerjaya doktor, ada ramai doktor di luar sana tetapi kita memilih doktor yang kita suka dari aspek rawatan yang diberikan. Sama juga perunding imej, saya mempunyai cara dan modul latihan sendiri yang menarik minat pelanggan untuk turut serta dalam kelas saya," katanya kepada Rojak Daily Skop!.
Bekas pelakon filem Ratu arahan Prof Datuk A Razak Mohaideen ini juga menyatakan cara penyampaian yang dilaksanakannya perlu lebih menyeronokkan seperti aktiviti dalam kumpulan dan sesi 'ice breaker'.
"Paling mencabar pada saya adalah mengenali dan memahami perangai peserta itu sendiri. Tidak seperti kita berkerja di pejabat tahu perangai rakan sekerja sebaliknya, setiap peserta saya mempunyai bermacam ragam.
"Lebih mencabar apabila berdepan peserta yang lebih berusia yang menganggap saya sebaya usia dengan anak mereka dan ada dalam kalangan mereka juga lebih berpengalaman seolah sukar menerima tunjuk ajar daripada orang yang lebih muda seperti saya.
"Paling penting dalam tempoh 45 minit sesi 'ice-breaker' adalah masa terbaik untuk saya mengenali peserta," katanya.
SELAMAT TINGGAL DUNIA LAKONAN
Bekerja bersama dua kakitangan yang membantu perniagaannya, Bkay mengakui dia lebih gemar dengan kerjayanya ini dibandingkan bidang glamor sebagai pelakon yang ditinggalkannya sejak tahun 2012. Baginya, dia tidak lagi merindui bidang lakonan tetapi lebih fokus pada bidang yang diminati iaitu bisnes.
"Pada masa kelapangan, saya turut mengambil tawaran sebagai model fesyen di atas pentas. 'Modeling' dan perunding imej adalah minat dan saya seronok melakukannya.
"Saya percaya jika kita melakukan sesuatu yang kita minat, kita boleh berjaya," katanya.
Selama tempoh 7 tahun dalam bidang perunding imej dan pengurusan korporat ini, Bkay sudah melatih lebih 100,000 peserta dari pelbagai sektor seperti bank, pemotoran, penyiaran, program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), penjawat awam dan pelajar universiti.
Usahanya selama ini berbaloi apabila menerima anugerah The Phoenix, World Successful Women 2017 baru-baru ini atas kecemerlangannya dalam bidang perniagaan.
"Kebiasaannya ada dua cara latihan sebegini dilakukan iaitu staf fleksibel untuk memilih latihan yang mereka mahu manakala ada majikan yang memilih latihan untuk kakitangan mereka.
"Memberi cabaran pada saya juga apabila ada majikan tertumpu pada latihan 'in-house' untuk menjimatkan kos. Bagaimanapun, ini semua tidak mematahkan semangat saya untuk menerusi bidang ini dan berhasrat untuk mengembangkan prospek ke luar negara seperti Pakistan dan Indonesia," katanya.
Berkongsi kejayaan yang dicapai, Bkay berikan 5 panduan untuk menjadi usahawan berjaya:
1. Minat
Bekerja dalam bidang yang diminati mampu memberi hasil kerja yang terbaik dan paling penting tidak membosankan. Begitu juga, usahawan yang mahu melakukan bisnes harus melihat bidang yang diminati yang mampu diceburi dan seterusnya menguasai pasaran.
2. Jenama
Membina sesuatu jenama dalam perniagaan sangat penting agar pelanggan tertarik untuk berurusan. Dalam aspek ini, mencipta dan menjelaskan jenama sendiri memberi kekuatan pada bisnes dan diri anda sebenarnya adalah jenama terbaik!
3. Yakin
Sepertimana bisnes yang dijalankan Bkay sebagai perunding imej dan pengurusan korporat, seseorang ahli perniagaan itu mesti yakin dalam keterampilan termasuk aspek komunikasi dengan pelanggan agar apa jua bisnes yang dijalankan mendapat respons positif.
4. Minima perkara negatif
Ia suatu yang lumrah apabila berdepan individu yang bersikap negatif dalam memberi komen dan tingkah laku. Untuk berjaya, abaikan golongan sebegini atau individu yang tidak faham matlamat perniagaan anda sebenarnya.
5. Rangkaian
Bukan saja telefon pintar memerlukan rangkaian telekomunikasi yang menyeluruh tetapi dalam bisnes juga memerlukan ramai kenalan untuk membina rangkaian yang lebih luas dan besar. Paling penting, berkenalan dengan ramai orang sepanjang hidup dengan matlamat memajukan bisnes.
Sumber Lebih Mencabar Apabila Saya Sebaya Anak Mereka Seolah Sukar Diterima
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i6WnHs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment