Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas produser beristeri dua pakai topeng masuk surau samun dan cabul mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas produser beristeri dua pakai topeng masuk surau samun dan cabul mangsa

SHAH ALAM – Seorang bekas produser bertindak kejam, dia bukan sahaja menyamun mangsa  malah bertindak cuba mencabul mangsa di sebuah surau di Bukit Jelutong, dekat sini.

 

Bekas produser beristeri dua pakai topeng masuk surau samun dan cabul mangsa

Bekas produser beristeri dua pakai topeng masuk surau samun dan cabul mangsa

 

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pada 6 Oktober lalu, mangsa singgah di surau itu untuk solat Zuhur sekitar jam 1.30 petang.

“Suspek yang memakai jubah dan bertopeng mendekati mangsa lalu mengeluarkan parang mengugut mangsa agar menyerahkan barangan berharga.

 

“Mangsa yang terkejut dan dalam ketakutan akur dengan suspek kerana khuatir dicederakan,” katanya dalam satu sidang media, di IPD Shah Alam, di sini hari in

Menurutnya, suspek turut melarikan barang kemas dan beg tangan mangsa yang berisi wang tunai, kad ATM dan pelbagai dokumen lain.

“Hasil siasatan polis dengan bantuan suami mangsa beberapa hari kemudian berjaya mengesan penggunaan kad ATM milik mangsa di stesen minyak Petronas Kampung Melayu Subang pada hari yang sama sekitar jam 2 petang.

“Berdasarkan pemerhatian melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang berusaha mengeluarkan wang berulang kali,” katanya.

Menerusi rakaman CCTV itu, beliau berkata, polis berjaya meneliti lakaran wajah suspek dan bertindak menjejakinya di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 13 Oktober sekitar jam 4.45 petang.

“Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan suspek bagi melakukan aktiviti berkenaan seperti parang, pisau, topeng, jubah dan sebagainya.

“Ketika tangkapan dibuat, suspek juga mengakui sedang bersiap-siap untuk keluar rumah bagi melakukan aktiviti jenayah yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Shafien berkata, soal siasat ke atas suspek yang berusia 39 tahun dan mempunyai dua isteri itu mendapati dia turut terlibat dalam tiga lagi kejadian samun menggunakan parang masing-masing di surau U8 Bukit Jelutong, Kafa Integrasi Kelana Jaya dan Surau Seksyen 4, Shah Alam bermula Jun hingga Ogos lalu.

“Polis mendapati suspek mensasarkan kaum wanita sebagai mangsa serta memilih waktu yang sunyi ketika ketiadaan jemaah untuk kegiatan tidak bermoral itu.

“Ekoran empat kejadian itu, kesemua mangsa mengalami kerugian berjumlah RM9,000 membabitkan wang tunai dan barang kemas,” katanya.

Menurutnya lagi, hasil semakan ke atas suspek mendapati dia turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes penipuan.

“Bapa kepada lima cahaya mata dan tidak bekerja itu direman bermula 14 Oktober lalu sehingga 26 Oktober ini (esok) bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 394, 397 dan 354 Kanun Keseksaan (KK).

 
Sumber: Sinar


Sumber Bekas produser beristeri dua pakai topeng masuk surau samun dan cabul mangsa

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gD5fEt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.