Iommi ditemani gitar bertarung kanser
GITARIS Black Sabbath Tony Iommi mendapat penghormatan dengan menerima trofi Anugerah Keberanian (Courage Award).
Dia menerima anugerah pada majlis Loudwire Music Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.
Penghormatan itu diberi mengiktiraf semangat kental Iommi bertarung dengan kanser limfoma serta azam tinggi perjuangan karier muzik biarpun terbabit dalam insiden menyebabkannya hujung dua jarinya putus pada usia 17.
“Saya benar benar berasa dihargai berada di sini bersama ramai rakan baik, Zakk (Wylde) dan setiap orang di sini,” kata Iommi selepas menerima trofi itu yang dibentuk dengan menggunakan acuan tangannya. Iommi yang teruja membuat pengakuan tidak tahu apa hendak diperkatakan kepada penonton yang melaungkan “We Love You!” dan “Tony! Tony! Tony!”
Dalam sejarah penubuhan kumpulan itu pada 1968, Iommi adalah satu satunya anggota Black Sabbath masih kekal beraksi pada setiap kemunculan semula mereka.
Bagaimanapun sejak lima tahun kebelakangan ini, tumpuan lebih terarah kepada tahap kesihatan selepas disahkan menghidap kanser itu (limfoma).
“Pakar bedah memberitahu kanser itu tidak akan pergi dari hidup saya,” katanya.
“Terdapat 30 peratus kemungkinan ia akan kembali semula dan boleh datang balik bila bila masa.”
Kumpulan itu menangguhkan sementara perancangan rakaman album (13) 2013 sementara menantikan Iommi mendapatkan rawatan membabitkan enam pusingan kimoterapi.
Malah jelajah 28 negara kumpulan dirancang berdasarkan rawatan antibodi Iommi.
Doktor menemui ketumbuhan dalam kerongkong yang kemudian dikeluarkan.
“Saya menjalani pembedahan di England mengeluarkan benda terletak di belakang hidung saya. Doktor menemui benjolan tetapi ketika itu tidak tahu ia kanser atau tidak. Apapun, saya rasa ok buat masa ini,” kata Iommi.
Biarpun melalui pelbagai kesukaran Iommi kekal positif. “Saya diberikan enam peringkat kimoterapi selepas doktor memberitahu kanser saya sudah berada di tahap tiga,” katanya.
“Semua itu benar benar mengubah hidup saya seperti mana saya lalui sekarang. Saya perlu menjalani saki baki hidup saya kerana berada dalam arena ini selama 50 tahun.
“Saya perlu lebih banyak berada di rumah, memberi lebih banyak tumpuan kepada rakan rakan dan keluarga.”
The post Iommi ditemani gitar bertarung kanser appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJsSpD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment