Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahirah Macwilson Bengang Namanya Dikaitkan Dengan Hubu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahirah Macwilson Bengang Namanya Dikaitkan Dengan Hubu

Baru-baru ini kecoh bercerita mengenai hubungan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong yang dikatakan semakin retak akibat orang ketiga.

Malah, orang ketiga itu telah mengaitkan nama aktress utama drama Duda Pujaan Dara, Zahirah Macwilson sebagai perosak hubungan mereka yang telah terbina sejak tiga tahun yang lalu.

Lebih parah lagi apabila Emma telah tampil memberitahu BH Online bahawa hubungannya dengan Kamal Adli telah berakhir kerana Kamal keluar tanpa pengetahuannya bersama Zahirah.

Emma juga mendakwa Kamal tidak mengaku keluar dengan pasangan heroin drama Duda Pujaan Dara menonton wayang dan karaoke bersama.

Bagaimanapun, tidak mahu berdiam diri dan dijadikan kambing hitam, Zahirah tampil membuat penjelasan mengenai status hubungan dia dan Kamal.

Zahirah telah mengeluarkan bukti perbualan WhatsApp dengan Kamal berkenaan namanya dipetik lelaki itu untuk memberi alasan kepada Emma, sedangkan mereka tidak ada apa-apa hubungan.

“Petik nama orang pandai, kencing gf pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai.. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality.”

”Jangan disrespect nama orang, kerje orang dan life orangg. Jadi matang skit dan jagan nak perasan lebih. Fokus kat kerje instead of jahanamkan image org. Tak pasal-pasal disebabkan kerje banggang macam ni, orang lain nampak teruk.Stop the storytelling.”

”Pagi-pagi buta dah kena hadap benda-benda macam ni. Apologise to both parties & stay the heck outta my way.” Ujarnya bengang di kapsyen gambar.

Bagaimanapun, Zahirah juga berkata dia memuat naik perbualan bersama Kamal kerana sudah penat berdiam diri dan dipersalahkan. Katanya juga kata-kata tidak boleh diubah.

Perhubungan Zahirah dengan teman lelakinya, Zul Ariffin tidak ada apa-apa masalah, bagaimana dia terkait dalam perselisihan antara Kamal Adli dengan Emma.

Malah, dalam perbualan itu juga Kamal juga memberitahu sudah menerangkan segalanya kepada Zul. Kakigosip berharap agar Emma tidak hanya mendengar sebelah pihak sahaja.



Sumber Zahirah Macwilson Bengang Namanya Dikaitkan Dengan Hubu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gHi704

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.