Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bisnes 'Goyang Kaki' Dapat Pulangan Lumayan Akhirnya Terbongkar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bisnes 'Goyang Kaki' Dapat Pulangan Lumayan Akhirnya Terbongkar

Bisnes 'Goyang Kaki' Dapat Pulangan Lumayan Akhirnya Terbongkar

Antara mesin layan diri yang dirampas KPDNKK Selangor baru-baru ini. (Gambar: Sufiah Akmal)

Perniagaan 'vending machine' atau mesin layan diri berbentuk pelaburan semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan mahupun orang ramai yang berminat menjalankan perniagaan tersebut sejak beberapa tahun lalu. 

Berita baiknya, pelabur didakwa boleh mendapat keuntungan ratusan malah ribuan ringgit setiap bulan sambil goyang kaki di rumah. Difahamkan, mereka yang berminat cuma perlu melabur antara RM12,000, RM18,000 sehingga RM30,000 untuk mendapatkan sebuah mesin layan diri. 

Syarikat pengurusan akan mengambil upah mereka daripada keuntungan mesin layan diri itu berdasarkan sistem pembahagian keuntungan. Lebih banyak produk di mesin itu terjual, lagi banyak untung syarikat tersebut dan pelaburnya juga akan menikmati pulangannya. 

Apa yang menarik perhatian pelabur selama ini adalah ada syarikat pengurusan ini yang mencari lokasi strategik untuk mesin layan diri itu ditempatkan. Malah, pinjaman juga diuruskan oleh syarikat pengurusan untuk pelabur yang tidak mempunyai tunai. 

Terdapat pelbagai jenis mesin layan diri daripada menjual makanan dan minuman sehinggalah kepada menjual tudung. 

KENA RAMPAS!

Bagaimanapun, di sebalik berita baik tentang perniagaan mesin layan diri, ada pula berita buruk mengenai perniagaan berkonsepkan pelaburan mudah itu. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor pada 19 Oktober lalu dilaporkan merampas sebanyak 35 mesin layan diri di sebuah premis di Rawang. 

Kesemua mesin layan diri ini terdiri daripada 14 unit mesin menjual makanan dan minuman serta 21 unit perkhidmatan WiFi yang dirampas yang dianggarkan bernilai RM439,500.

KONSEP JUALAN LANGSUNG 

Difahamkan, mesin layan diri yang dirampas oleh pihak berkuasa itu bukan kerana perniagaan mesin layan diri merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.  

Ia ekoran syarikat pengurusan pelaburan itu disyaki menjalankan aktiviti perniagaan berunsurkan jualan langsung sedangkan syarikat itu tidak memiliki lesen yang sah untuk berbuat demikian. 

Mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan peniagaan jualan langsung tanpa kebenaran merupakan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 

Bagi pertubuhan atau syarikat yang didapati salah menjalankan aktiviti jualan langsung tanpa lesen boleh di denda maksimum RM1 juta dan tidak melebihi RM2 juta untuk kesalahan kedua dan berikutnya. 

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Azman Adam mendedahkan antara elemen jualan langsung yang dilakukan oleh syarikat pengurusan di Rawang itu adalah menjalankan aktiviti 'tele-marketing'. 

Syarikat pengurusan itu akan menawarkan hadiah berupa baucar melancong untuk `memancing' penerima panggilan tersebut menyertai pelaburan mesin layan diri.

PELABUR KENA 'KENCING'

Lebih menggusarkan apabila KPDNKK Selangor juga menjelaskan, siasatan pihaknya ke atas syarikat pengurusan tersebut pada mulanya dibuat berdasarkan aduan awam. 

Aduan awam itu mendakwa mereka kerugian lebih RM40,000 kerana tidak memperoleh mesin layan diri seperti yang dijanjikan syarikat pengurusan itu selepas pelaburan dibuat.

Sehubungan itu, adalah wajar kepada mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam perniagaan mesin layan diri supaya memeriksa dulu modus operandi syarikat pengurusan yang dipilih. 

Ia bertujuan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keadaan disebabkan kegagalan syarikat pengurusan pelaburan vending machine tertentu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
 



Sumber Bisnes 'Goyang Kaki' Dapat Pulangan Lumayan Akhirnya Terbongkar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i4LJ41

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.