Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Tak Peduli, Apa Nak Jadi Pun, Jadilah!” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Tak Peduli, Apa Nak Jadi Pun, Jadilah!”

Selepas berfikir panjang, Jaroen Ja-ngam 43 tahun nekad dengan keputusannya. Apa nak jadi pun, jadilah. Janji dia dapat memilikinya.

Tanpa membuang masa dia segera pergi ke rumah sahabat lamanya Suphachai Phawan 56 tahun. Sampai saja di sana, tanpa berselindung dia pun meluahkan hajat hatinya.

“Boleh saya ambil isteri awak?” katanya tegas.

Mendengar permintaan yang biadab itu, sudah tentu saja Suphachai terkejut dan marah. Dia sedia maklum yang Jaroen sudah pun beristeri dan punya anak. Kalau perempuan yang digilainya itu masih bujang tidak mengapa. TAPI ini sudah bersuami, malah isteri sahabat baik sendiri… berani sungguh dia!

Tatkala itu isterinya yang bernama Siwan 40 tahun tidak ada di rumah. Dia pergi berubat kerana mendakwa terkena ilmu hitam dari Jaroen.

Sebagai lelaki bermaruah sudah tentu saja permintaan Jaroen ditolak mentah-mentah oleh Suphachai. Keadaan yang mulanya tenang menjadi panas. Dua lelaki ini masing-masing tidak mengalah.

Rupanya Jaroen sudah bersedia jika menghadapi situasi seperti ini. Dia segera mengeluarkan pisau lalu menyerang Suphachai. Serangan mendadak itu terkena tepat di muka Suphachai.

Semasa Suphachai rebah atas tanah menahan sakit, Jaroen memungut sebatang kayu asam jawa. Tanpa belas kasihan dia memukul Suphachai sehingga terkulai hilang nyawa.

Melihat Suphachai sudah tidak bernafas, Jaroen menariknya masuk ke dalam kebun pisang dan menyembunyikannya di sana. Sementara itu motorsikal Suphachai dibakarnya.

Setelah segalanya selesai, beransur-ansur fikiran warasnya kembali semula. Rasa kesalnya timbul.

Sampai saja di rumah, Jaroen cuba membunuh diri dengan meminum racun pesticide. Mujurlah dia berjaya diselamatkan. Beberapa orang kawan membawanya ke Hospital Pak Chom.

Sehari selepas kejadian bunuh tersebut, polis menerima laporan dari orang awam tentang penemuan mayat Suphachai dalam kebun pisang berdekatan Kampung Ban Na Khor di wilayah Pak Chom, Thailand. Berdasarkan beberapa bukti, suspek pembunuhan menjurus kepada Jaroen. Sebaik sembuh Jaroen ditahan atas tuduhan membunuh.

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y4XvGL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.