Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri: Bukan BN, Bajet PH pacu negara muflis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri: Bukan BN, Bajet PH pacu negara muflis

Mustapa merayu kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan langkah populis dan tidak mampan dalam Bajet Alternatif, ― Foto oleh ReutersMustapa merayu kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan langkah populis dan tidak mampan dalam Bajet Alternatif, ― Foto oleh ReutersKUALA LUMPUR, 25 Okt ― Bajet Alternatif, yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) hari ini, merupakan pengulangan kepada janji-janji lama, yang dihasilkan oleh pembangkang yang sama yang gagal menyediakan pelan yang jelas dan konsisten mengenai bagaimana janji-janji tersebut akan dipenuhi dan dibiayai.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pakatan tersebut, antara lain, berjanji untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tol serta menawarkan pendidikan tinggi secara percuma.

Bajet Alternatif yang terkini itu tidak mempunyai sebarang asas dan pembangkang sebaliknya, sibuk menjual retorik politik untuk menutup kegagalan mereka dalam menyediakan agenda ekonomi yang menyakinkan, katanya.

“Malah, pemansuhan GST akan meninggalkan lubang yang besar dalam pendapatan kerajaan yang perlu dipenuhi.

“Mereka bukan sahaja tidak berkongsi pelan mereka untuk mengatasi penurunan pendapatan, malah hanya bergantung kepada andaian yang meragukan bahawa pengurangan cukai akan menyebabkan penggunaan dan kutipan cukai lebih tinggi,” katanya.

Mustapa berkata agenda ekonomi hanya menyakinkan jika perbelanjaan yang dirancang disokong dengan langkah-langkah penjanaan hasil yang diperlukan.

“Bagi sebuah pakatan politik yang terus menyebarkan dakwaan mereka yang tidak berasas bahawa Malaysia sedang menuju ke arah muflis di bawah kerajaan Barisan Nasional, mereka sebenarnya yang memacu Malaysia ke arah itu dengan fiskal mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata Bajet 2018, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat, akan menjadi pelan ekonomi yang kukuh dan bertanggungjawab untuk meningkatkan status negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi, berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh pembangkang.

“Saya merayu kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan langkah-langkah populis dan tidak mampan yang digariskan dalam Bajet Alternatif,” katanya. ― Bernama



Sumber Menteri: Bukan BN, Bajet PH pacu negara muflis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gDqENP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.