Menteri: Bukan BN, Bajet PH pacu negara muflis
KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Bajet Alternatif, yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) hari ini, merupakan pengulangan kepada janji-janji lama, yang dihasilkan oleh pembangkang yang sama yang gagal menyediakan pelan yang jelas dan konsisten mengenai bagaimana janji-janji tersebut akan dipenuhi dan dibiayai.
Dalam kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pakatan tersebut, antara lain, berjanji untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tol serta menawarkan pendidikan tinggi secara percuma.
Bajet Alternatif yang terkini itu tidak mempunyai sebarang asas dan pembangkang sebaliknya, sibuk menjual retorik politik untuk menutup kegagalan mereka dalam menyediakan agenda ekonomi yang menyakinkan, katanya.
“Malah, pemansuhan GST akan meninggalkan lubang yang besar dalam pendapatan kerajaan yang perlu dipenuhi.
“Mereka bukan sahaja tidak berkongsi pelan mereka untuk mengatasi penurunan pendapatan, malah hanya bergantung kepada andaian yang meragukan bahawa pengurangan cukai akan menyebabkan penggunaan dan kutipan cukai lebih tinggi,” katanya.
Mustapa berkata agenda ekonomi hanya menyakinkan jika perbelanjaan yang dirancang disokong dengan langkah-langkah penjanaan hasil yang diperlukan.
“Bagi sebuah pakatan politik yang terus menyebarkan dakwaan mereka yang tidak berasas bahawa Malaysia sedang menuju ke arah muflis di bawah kerajaan Barisan Nasional, mereka sebenarnya yang memacu Malaysia ke arah itu dengan fiskal mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata Bajet 2018, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat, akan menjadi pelan ekonomi yang kukuh dan bertanggungjawab untuk meningkatkan status negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi, berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh pembangkang.
“Saya merayu kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan langkah-langkah populis dan tidak mampan yang digariskan dalam Bajet Alternatif,” katanya. ― Bernama
Sumber Menteri: Bukan BN, Bajet PH pacu negara muflis
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lh6sqc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment